“Jangan ambil kesempatan. Pakai otak” – Isu Lagu Duet Dengan Fattah, Pengurus Fazura Beri Penjelasan

Entertainment
9 Oct 2024 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak cukup dengan isu perceraian, bekas pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila tular mengenai penerbitan lagu duet mereka, ‘Bertahan Demi Cinta’ yang difahamkan akan dilancarkan pada 10 Oktober ini.

Penerbitan lagu tersebut mendapat perhatian kedua-dua pihak pengurusan pelakon-pelakon tersebut yang dikatakan tidak tahu menahu mengenai pelancaran lagu itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @hits_records

“Tiada siapa setuju” – Pengurus Fazura

Menurut Utusan Malaysia, Iman Tang, pengurus Fazura menegaskan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penerbitan lagu duet bersama Fattah Amin itu yang dijadualkan dilancarkan pada Khamis ini.

Fazura juga katanya terkejut dengan berita itu memandangkan lagu berkenaan sudah lama dirakam pada Februari lalu.

Lagu itu dirakamkan sudah lama dengan sebuah label Indonesia, Hits Records, tapi pihak mereka tidak terbitkan. Tiba-tiba hari ini keluar berita mengatakan lagu itu akan dikeluarkan.

Saya sempat tanyakan kepada Fazura, dia juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Tahu-tahu lagu sudah mahu keluar.

“Sudah tentu Fazura tidak bersetuju, tiada siapa setuju,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan kononnya perceraian pasangan itu sekadar gimik melariskan lagu ‘Bertahan Demi Cinta’, Iman menyifatkan pihak syarikat rakaman itu hanya mahu mengambil kesempatan selain tidak menghormati perasaan Fazura.

“Saya tidak tahu apa perancangan mereka. Bagi saya sangat tidak sesuai jika lagu ini dikeluarkan pada masa sekarang.

“Bagi syarikat itu, mungkin mereka rasa orang akan dengar lagu tersebut. Tapi secara peribadi, saya rasa mereka hanya menangguk di air keruh.

“Sebagai Muslim, kita hormatilah jika seseorang melalui masa yang sukar. Jangan ambil kesempatan. Pakai otak.

“Saya tidak pasti apa keputusan akhir, pihak Fazura sudah minta peguam untuk berurusan dengan pihak syarikat tersebut,” katanya lagi.

Fattah tak tahu menahu – Pengurus Fattah Amin

Dalam pada itu, pengurus Fattah Amin, Sakirin Acha atau dikenali sebagai Acha memberitahu bahawa pihaknya tidak tahu menahu mengenai pelancaran single duet Fattah dengan bekas isteri, Fazura.

Dia juga menepis dakwaan netizen yang menuduh Fattah menggunakan isu perceraian sebagai gimik untuk mempromosi lagu.

image is not available

Saya baru saja menghubungi Fattah untuk mengetahui perkara ini dan dia maklumkan tidak tahu-menahu mengenai pelancaran single duet ini.

“Saya ingin tegaskan perceraian ini bukan satu gimik untuk mempromosikan single duet atau dibuat main. Saya orang pertama yang akan melarang Fattah sekiranya dia mahu mempromosikan single itu pada waktu sekarang,” katanya.

Menurutnya lagi, lagu itu pernah dimainkan sebagai runut bunyi drama Hero Seorang Cinderella 2 dan penggambaran muzik video juga sudah lama dibuat di Indonesia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.