Individu Jual Air Paip Di ‘TikTok Shop’ Raih Perhatian Netizen – “Yang Mana Tak Ada Air Dekat Rumah Boleh Beli..”

13 May 2025 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang diketahui umum, air sangat penting dalam kehidupan kerana ia menyokong hampir semua fungsi tubuh manusia seperti penghadaman, peredaran darah dan penyingkiran toksin.

Selain itu, air juga menjadi keperluan asas bagi tumbuhan dan haiwan, sekali gus memastikan kelangsungan hidup di bumi.

Baru-baru ini, seorang individu telah mencuri perhatian ramai apabila dia menjual air paip di TikTok Shop.

Menerusi video yang tular, lelaki tersebut dengan selamba mempromosikan ‘produk istimewa’ itu seolah-olah ia adalah minuman premium.

Dengan gaya bersahaja dan penuh keyakinan, dia menunjukkan proses “pengisian” air dari paip terus ke dalam botol sambil menjelaskan bahawa air tersebut 100% asli tanpa sebarang campuran bahan pengawet.

Aksi spontan itu nyata mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kelucuannya. Ramai yang meninggalkan komen jenaka, malah ada juga yang “berminat” nak beli kononnya untuk sokong usaha ‘usahawan muda’ ini.

image is not available

image is not available

Walaupun jelas video ini dibuat sekadar hiburan, ramai memuji kreativiti lelaki tersebut yang berjaya memanfaatkan platform e-dagang dengan cara yang unik dan menghiburkan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 4 days ago

Dakwa Bekas Isteri Ada NPD, Ahli Politik Ini Dedah Benda Mengejutkan Di Instagram - "Cari Perhatian Nak Jual Produk Ke?"