Individu Kesal Beli Sotong Goreng Tepung RM18 Di Kuching, Tapi Kuantiti Seciput

5 Jul 2023 • 12:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu geram dengan harga sotong ‘yahudi’, tapi makanan terlalu sedikit

Individu Kesal Beli Sotong Goreng Tepung RM18 Di Kuching, Tapi Kuantiti Seciput. Seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai makanan yang dibelinya di sebuah kedai makan di Kuching berharga ‘kayangan’, malah kuantiti yang sejemput.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, dia menyatakan bahawa dia memesan sotong dalam kuantiti ‘medium’, tetapi yang datang dalam kuantiti ‘small’.

“Aku order medium okay, bukan small. Aku tak kira, aku bayar bukan free,” ujarnya menerusi kapsyen Facebook miliknya itu.

image is not available
Sumber: facebook

Seperti sotong wagyu

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan individu tersebut, ada yang menyifatkan harga sotong itu seperti sotong wagyu.

“Dalam satu minggu ni dah kaya, lepas tu kedai tu akan tutup,” seloroh seorang warganet.

“Satu sotong itu potong setengah, lepas tu yang setengah potong lagi 36, balut tepung tebal-tebal untuk goreng.

“Tahu lah sotong goreng akan kecut bila digoreng, tapi masalahnya harga RM18, tapi dapat macam tu jer, agak-agak laaa,” ujar lagi seorang warganet di Facebook berkenaan.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: chenom

Ada juga warganet kurang bersetuju dengan tindakan individu itu

Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan untuk laporkan kepada pemilik kedai dahulu mengenai perkara tersebut.

“Report dengan owner dulu, kalau owner taknak ambil tahu, baru boleh bakar kedai dia, bukan dengan cara viral macam ni,” kata seorang warganet yang kurang bersetuju dengan tindakan individu tersebut yang mentularkannya di Facebook.

Baca juga artikel yang berkaitan: