‘Penyewa Dari Neraka’, Owner Luah Kesal Terima Kereta Seperti ‘Tongkang Pecah’ Di Kuching

13 Jun 2023 • 12:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupanya penyewa tersebut dah kena blacklist oleh ramai pemilik kereta sewa

Penyewa Dari Neraka’, Owner Luah Kesal Terima Kereta Seperti ‘Tongkang Pecah’ Di Kuching. Dah selalu sangat kita dengar kes penyewa dari neraka ni, kan? Tapi majoriti kesnya berlaku dari rumah sewa.

Baru-baru ini tular satu kes di mana pemilik kereta ini menyewakan kereta sewanya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab di Kuching.

image is not available
‘Penyewa Dari Neraka’, Owner Luah Kesal Terima Kereta Seperti ‘Tongkang Pecah’ Di Kuching

Apa yang dijadikan isu apabila waktu pemulangan dan keadaan kereta sewa tersebut.

Apa yang menjadi punca kekesalan dari owner tersebut apabila penyewa tidak menepati masa untuk memulangkan kereta sewa malah membiarkan kereta dalam keadaan yang sangat kotor.

Jelas pemilik kereta sewa tersebut, awalnya beliau tiada masalah berurusan dengan penyewa tersebut, dan membayar sewa serta deposit pada masanya. Apa yang dijadikan isu apabila waktu pemulangan dan keadaan kereta sewa tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Penyewa tersebut tidak mengangkat panggilan pemilik kereta sewa tersebut

Penyewa tersebut meminta untuk lanjutkan masa atas kecemasan yang terdesak. Walaupun sudah dijelaskan bahawa terdapat penyewa lain yang mahu menyewa kereta tersebut, penyewa tersebut masih berkeras mahu lanjutkan masa.

Pemilik beri masa untuk memulangkan kereta sewa tersebut dalam masa setengah jam. Hujungnya, pemilik sendiri datang pergi ambil kereta sewa tersebut di Sungai Maong kerana penyewa tersebut tidak mengangkat panggilan.

image is not available
Sumber: Facebook

Tempat duduk kereta dipenuhi dengan abu rokok dan air tumpah

Sampai ke lokasi untuk mengambil kereta sewa tersebut, rupanya kereta sewa itu dalam keadaan yang sangat kotor dengan air tumpah dan abu rokok di tempat duduk penumpang.

Penyewa tersebut juga tidak kelihatan semasa pemilik datang mengambil kereta sewa tersebut. Kesal dengan kelakuan penyewa tersebut, lelaki ini muat naik di laman sosial untuk memberikan amaran kepada pemilik-pemilik kereta sewa luar sana.

image is not available
Sumber: Facebook

Menerusi ruangan komen, rupanya penyewa yang bermasalah tersebut telah di blacklist oleh ramai pemilik kereta sewa. Dan ini bukanlah kali pertama penyewa tersebut ‘buat hal’.

image is not available
‘Penyewa Dari Neraka’, Owner Luah Kesal Terima Kereta Seperti ‘Tongkang Pecah’ Di Kuching

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: