Individu Kongsi Sifat Rendah Diri Bella Astillah Di Set Penggambaran - “Makan Pakai Pinggan Kertas, Duduk Bersila Pun Takde Hal…”

7 Nov 2026 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Individu Kongsi Sifat Rendah Diri Bella Astillah Di Set Penggambaran - “Makan Pakai Pinggan Kertas, Duduk Bersila Pun Takde Hal…”

Sikap yang rendah diri dan sentiasa bersederhana ketika berada di set penggambaran telah membuatkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meraih pujian ramai di media sosial.Pujian itu diraih Bella selepas seorang individu berkongsi pengalaman rakannya yang bekerja dalam bahagian produksi bersama isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman itu.Menurut individu tersebut, Bella merupakan seorang selebriti yang sangat merendah diri berbanding segelintir selebriti yang lebih untuk memesan kopi serta makanan mahal setiap kali tiba waktu makan.“Bella Astillah artis yang merendah diri. Kawan saya kerja produksi, dia pernah shoot dengan Bella and beberapa artis lain.“Artis lain bila nak makan, kena order kopi dan makanan mahal,” kongsinya.Tambah individu itu, Bella disifatkan sebagai seorang selebriti yang tidak cerewet apabila hanya menikmati makanan katering yang telah disediakan oleh pihak produksi.“Tapi Bella makan saja makanan catering yang set sediakan.“Pakai tangan, pinggan kertas, duduk bersila pun tiada hal,” tambahnya lagi.Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji sikap dan keperibadian Bella.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved