“Dulu Betul Layan Macam Queen Tak Bagi Bersusah, Sekarang Macam..” – Netizen Bandingkan Layanan Jofliam Terhadap Dewi & Cik Epal

EntertainmentLifestyle
29 Aug 2025 • 5:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan suasana khemas usahawan, Jofliam menyiapkan pizza yang mahu diberikan secara percuma kepada yang hadir sebagai tanda bernazar.

Namun begitu, hal yang menjadi perhatian dapat dilihat video tersebut isteri baru Jofliam iaitu Dewi gigih membantunya menyiapkan pizza yang perlu diberi kepada yang hadir.

image is not available

Biarpun dilihat seperti isteri sedang membantu suami tetapi netizen di Threads membuat perbandingan cara layanan Jofliam terhadap Dewi dengan bekas isteri, Cik Epal sebelum ini.

Kebanyakannya merasakan sewaktu Jofliam masih bersama Cik Epal, wanita itu dilayan seperti seorang permaisuri dan hanya kena melayan pelanggan tanpa perlu menggotorkan tangan.

image is not available

Dulu dia betul-betul treat Cik Epal macam queen, emas, permata, berlian. Tak bagi bersusah, tak bagi kotorkan tangan langsung.

Susulan berkongsikan pandangan itu, rata-rata netizen yang meninggalkan komen bersetuju dengan individu berkenaan.

image is not available

image is not available 2025-08-29 15:31:21

Jofliam Bernazar Bagi Pizza 'Free', Tapi Ramai Tak Puas Hati? - "Sembang Macam Satu Kotak, Rupanya.."