Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Kemudahan Tandas Awam Di Malaysia - “Berhenti Menormalkan Tandas Tanpa Bidet"

3 Nov 2024 • 5:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di platform X dimana seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan tandas awam di Malaysia kerana kebanyakannya tidak mempunyai bidet atau dikenali sebagai alat pencuci.

Menerusi hantaran tersebut, individu itu menyatakan bahawa Malaysia adalah negara yang sangat menitikberatkan kebersihan tandas, namun malangnya keadaan ini berubah kerana perlu mengikuti keselesaan para pelancong yang datang bercuti ke Malaysia.

“Berhenti menormalkan tandas tanpa bidet, Malaysia! Dahulu kita negara yang menjaga kebersihan!,” katanya menerusi hantaran di platform X. 


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan individu tersebut, menyatakan bahawa tandas yang dilengkapi bidet sering menjadi pilihan ramai dan mempertanyakan mengapa Malaysia ingin meniru negara Barat.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih sebanyak 386,400 ribu tontonan dan 16,000 ribu butang suka.