Tular Video 2 Ekor Gajah Tolak Struktur Pagar, Rupanya Sedang Jalankan Proses Ujian Prototaip Pagar ECRL

Entertainment
2 Nov 2024 • 9:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, video dua ekor gajah yang menolak struktur pagar di tapak ECRL telah menjadi perhatian warganet. Ini menyebabkan ramai orang awam yang tertanya-tanya apakah kaitan antara pembinaan ECRL dengan gajah.

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menggunakan khidmat gajah-gajah tersebut untuk menguji ketahanan prototaip pagar kawasan ECRL tersebut.

Ini kerana jajaran laluan ECRL di Pantai Timur akan merentasi kawasan pinggiran hutan simpan yang dihuni oleh habitat gajah, jadi sudah semestinya pihak mereka mahu melindungi habitat haiwan itu dengan menghalang kemasukan gajah ke dalam kawasan itu dan sekaligus mengelakkan kemalangan melibatkan haiwan tersebut.

@bharianmy

Jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sepanjang Hutan Simpan Kemasul, Temerloh di Pahang akan melibatkan pembinaan pagar halangan fizikal gajah di kedua-dua landasan bagi mengelak konflik manusia-gajah di kawasan berkenaan. beritaditiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

Selain itu, difahamkan juga, pembinaan pagar tersebut juga untuk mengelakkan konflik manusia gajah di kawasan berkenaan ketika dan selepas pembinaan.

Pihak Perhilitan telah mengesyorkan kepada pihak MRL supaya protataip pagar itu dibina di lokasi sebenar agar mudah untuk pihak berkaitan menjalankan ujian ketahanan pagar berkenaan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.