Individu OKU ‘Sangkut’ Tidak Dapat Keluar Dari Stesen LRT Puchong, Staf Sudah Pulang Walaupun Belum Habis Syif Bekerja

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 4:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kebiasaannya, pasti ada staf yang bertugas di stesen LRT namun lain pula yang berlaku kepada seorang individu berstatus kelainan upaya ini yang ‘terbiar’ tanpa bantuan.

Menerusi video yang tular di Instagram, individu OKU tersebut tidak dapat meninggalkan stesen LRT Puchong kerana palang laluan tiket tidak terbuka.

Skrin tempat menyentuh tiket itu tertulis ‘under maintenance’ dan palang tersebut tidak terbuka menyebabkan individu OKU itu tidak dapat keluar.

image is not available

Lebih memburukkan keadaan, tiada seorang pun staf berada di stesen tersebut untuk dia meminta tolong meskipun sepatutnya waktu bekerja habis pada jam 12 tengah malam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 11.25 malam dan lelaki yang berkongsi video itu berkata ketika mahu meninggalkan stesen dia ternampak individu OKU tersebut ditinggalkan.

image is not available

image is not available

Saya hubungi nombor yang tertera di poster pada 11.32pm dan diberitahu staf akan dipanggil untuk datang. Saya hubungi nombor itu semula pada 11.41pm dan menggesa mereka untuk datang cepat.

image is not available

Seorang polis bantuan kemudian tiba tidak lama selepas itu dan menghulurkan bantuan kepada individu OKU berkenaan.

Ketika berbual bersama, individu tersebut berkata ini bukanlah kali pertama dia berdepan kejadian sebegitu dan dia juga pernah tersangkut di dalam lif beberapa kali.

Saya faham orang mahu pulang cepat tetapi saya rasa marah apabila melihat orang OKU perlukan bantuan tetapi tiada siapa yang ada untuk membantu mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 months ago

"Saya 'Alergik' Dengan Golongan Ni" - Wanita Enggan Terima Minuman Dihantar 'Rider' OKU Dengan Alasan Kotor Dikecam Netizen