Individu Pertikai Bungkus 4 Lauk Harga Sampai RM91, Ramai Netizen Kata Logik Sebab…

Entertainment
13 Feb 2025 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular satu video wanita yang mempersoalkan harga yang dikenakan selepas dia membungkus 4 jenis lauk dari kedai makan, dalam video tersebut dia dicas sebanyak RM 91.

Video berdurasi 27 saat itu memperlihatkan wanita itu menunjukkan kesemua jenis lauk yang dibungkus sambil menjelaskan amaun yang diambil iaitu ayam goreng 3 ketul, lauk sayur sedikit, lauk daging dendeng sekilo, siput sedut masak lemak 3 senduk dan rendang ayam 2 ketul.

 

4 lauk harga RM 91

Wanita itu turut mempersoalkan bahawa harga yang dikenakan itu logik atau tidak sambil menunjukkan resit yang memaparkan keseluruhan harga.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata mengatakan bahawa harga tersebut memang logik kerana ada yang membuat pengiraan secara spesifik jika kedai tersebut berada di kawasan kampungnya dan hasil kiraan itu memang lebih kurang dengan harga pemilik video.

 

Sangat logik, harga sebuah kemalasan – Netizen

Selain daripada pengiraan, netizen menyifatkan cas yang dikenakan kepada wanita tersebut sangat logik dengan beranggapan sebagai ia adalah harga bagi sebuah ‘kemalasan’.

Malah, ada juga yang menegaskan modal untuk membeli barang mentah sangat mahal, terutamanya lauk daging yang dibeli sampai sekilo bahkan ada yang anggap harga sebegitu dikira berpatutan.

image is not available image is not available image is not available

Haritu min pergi pasar beli daging sekilo pun hampir RM 30, bayangkan bila dah dimasak itu pun dah berapa, agak mustahil kalau nak bagi murah sampai tak lepas modal kan?

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.