Individu Tergamak Guna Kematian Rakan Sendiri Sebagai Modal ‘Promote’ Pakej Insurans

Entertainment
15 Jun 2023 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi seorang ejen insurans ini memang mencabar, dengan pendapatan yang biasanya bergantiug kepada komisyen sahaja, saingan pula agak sengit, pasti sangat susah nak sustain.

Jadi, terpaksa lah gunakan pelbagai cara dan kerah otak untuk mencari kreativiti tersendiri untuk menambat hati orang awam di media sosial. Walaubagaimanapun, cara seorang ejen dari Singapura ini agak keterlaluan.

 

Guna berita kematian kawan untuk promote insurans

Menerusi r/Singapore subreddit salah seorang pengguna ada kongsikan satu perkongsian dari Facebook, gambar tersebut merupakan satu gambar tangkap layar kenyataan ejen ini yang menggunakan berita kematian kawannya sebagai satu modal untuk mempromosikan pakej insurans.

Dalam catatan Facebook, lelaki itu berkata dia baru mendengar berita kematian rakan tenteranya akibat kanser, meninggalkan isteri dan seorang anak perempuannya yang masih kecil.

Dia kemudian beralih kepada maklumat insurans dengan mengatakan bahawa bahawa dia berharap arwah sebelum ini telah membeli insurans hayat yang mencukupi untuk menampung keluarganya menghadapi masa sukar yang akan datang sebelum mempromosikan sendiri usaha insuransnya.

“Saya akan memastikan rakan-rakan, saudara mara dan orang tersayang dapat berbuat demikian. Sila jangan teragak-agak untuk menghubungi saya untuk sebarang perancangan kewangan untuk diri anda dan keluarga anda bagi memastikan mereka dilindungi secukupnya. Terima kasih.”

image is not available

Bagaimanapun, perkongsian asal telah pun dipadam sebelum ianya tular di Reddit, ia mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan ejen tersebut.

image is not available image is not available

Korang rasa adakah ini perkara biasa atau dianggap tidak sensitif?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.