Indonesia bergelut dengan kebakaran hutan, puluhan sekolah ditutup

WorldEnvironment
11 Aug 2026 • 2:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Indonesia bergelut dengan kebakaran hutan, puluhan sekolah ditutup

SURABAYA: Puluhan sekolah di Indonesia ditutup untuk hari kedua pada Selasa susulan jerebu akibat kebakaran hutan yang semakin merebak di seluruh negara.

Indonesia kini memasuki musim kering yang panjang dan turut diburukkan oleh fenomena El Nino dengan lebih 50,000 anggota bomba dikerahkan di seluruh negara untuk memadam beberapa kebakaran hutan yang terus merebak.

Di Kalimantan Barat, Kawasan di pulau Borneo yang dikongsi Indonesia, Malaysia dan Brunei, Datuk Bandar Pontianak, Edi Rusdi Kamtono mengarahkan sekolah ditutup berikutan asap kebakaran dari kawasan lain yang menyelubungi bandar itu.

Rekod awam menunjukkan terdapat puluhan ribu murid di sekolah awam di Pontianak.

Kamtono berkata, murid akan mengikuti pembelajaran dari rumah selagi kualiti udara kekal buruk, namun tidak menyatakan jumlah sekolah yang terjejas.

“Kami sudah mula merasainya, terutama pada waktu malam dan pagi, apabila jerebu sudah menyelubungi bandar Pontianak,” katanya.

Di pulau Jawa, anggota bomba memasuki hari kesembilan memadam kebakaran di lokasi tarikan pelancongan utama Indonesia, Taman Negara Bromo Tengger Semeru yang sudah memusnahkan kira-kira 900 hektar kawasan sejak tercetus Isnin minggu lalu.

Jumlah itu kini menyamai keluasan lebih 1,200 padang bola sepak dan hampir dua peratus daripada keseluruhan kawasan taman negara berkenaan.

Lebih 107,000 hektar kawasan di seluruh Indonesia terbakar setakat tahun ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bekalan makanan negara masih mencukupi.-AFP

The post Indonesia bergelut dengan kebakaran hutan, puluhan sekolah ditutup appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved