Kebakaran Hutan Di Indonesia Cecah 107,000 Hektar, Puluhan Sekolah Ditutup

WorldEnvironment
11 Aug 2026 • 10:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kebakaran Hutan Di Indonesia Cecah 107,000 Hektar, Puluhan Sekolah Ditutup

Puluhan sekolah di Indonesia dilaporkan ditutup pada hari kedua berturut-turut susulan krisis jerebu akibat kebakaran hutan yang semakin buruk melanda di negara berkenaan, lapor AFP

Situasi berkenaan disebabkan permulaan musim kemarau yang panjang dan lebih ekstrem pada tahun akibat dipengaruhi cuaca fenomena EL Nino

Kebakaran Hutan Jejas Sesi Persekolahan

Di Kalimantan Barat, Datuk Bandar Pontianak, Edi Rusdi Kamtono, mengarahkan sekolah ditutup selepas asap tebal daripada kebakaran hutan mula menyelubungi bandar itu.

Beliau berkata pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran dari rumah sehingga kualiti udara kembali pulih, dengan puluhan ribu pelajar sekolah awam dijangka terjejas.

Baca juga:

Dalam pada itu, di Pulau Jawa pasukan pemadam kebakaran terus berusaha mengawal kebakaran di Taman Negara Bromo Tengger Semeru yang memasuki hari kesembilan dan telah memusnahkan hampir 900 hektar kawasan.

Jurucakap agensi pengurusan bencana tempatan, Satriyo Nurseno berkata tiga helikopter pengebom air bersama jentera bomba digerakkan untuk menyokong operasi pemadaman di kawasan pelancongan berkenaan.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mengesahkan lebih 48,000 anggota keselamatan dan penyelamat telah dikerahkan di enam wilayah bagi menangani kebakaran hutan berskala besar itu.

Menteri Keselamatan, Djamari Chaniago berkata kerajaan turut menggerakkan 43 helikopter serta sehingga 15 pesawat sayap tetap untuk menjalankan operasi pembenihan awan di kawasan yang terjejas.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan lebih 107,000 hektar kawasan telah terbakar di seluruh Indonesia setakat ini, kira-kira dua kali ganda berbanding keluasan yang direkodkan sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved