Indonesia rampas 1.3 tan ketamin bernilai RM447 juta

9 Aug 2026 • 5:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Indonesia rampas 1.3 tan ketamin bernilai RM447 juta

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.3 tan ketamin bernilai puluhan juta dolar daripada sebuah kapal yang mengibarkan bendera asing, kata seorang pegawai kanan antidadah pada Ahad, dalam salah satu rampasan dadah terbesar di negara itu.

Pihak berkuasa menerima maklumat risikan pada Februari bahawa kapal MV King Sun sedang belayar ke arah timur dari Thailand menuju Indonesia dengan membawa kargo mencurigakan. Ia sekali gus mendorong pengawasan selama beberapa bulan, kata Ketua Badan Narkotika Nasional (BNN), Suyudi Ario Seto.

Sebuah kapal perang tentera laut memintas kapal berkenaan pada Khamis ketika ia memasuki wilayah Indonesia, katanya.

“Pada 7 Ogos, pasukan gabungan menemui 65 guni yang disembunyikan di dalam kapal. Selepas menjalani ujian, bahan itu didapati mengandungi ketamin,” kata Suyudi dalam sidang media di pulau Batam pada Ahad.

Beliau berkata, muatan yang dianggarkan seberat 1.3 tan itu bernilai kira-kira 2.07 trilion rupiah (RM447 juta). 

Pihak berkuasa masih menggeledah kapal berkenaan bagi melihat sama ada terdapat lebih banyak ketamin.

Ketamin pada asasnya digunakan sebagai ubat bius yang bertindak pantas, tetapi ia turut disalahgunakan secara meluas sebagai dadah terlarang untuk tujuan hiburan. 

Pengedaran ketamin dikawal dan dipantau dengan ketat di Indonesia.

Agensi berita rasmi Antara melaporkan bahawa kapal berkenaan berdaftar di bawah bendera Tanzania dan dipintas di perairan sekitar wilayah Kepulauan Riau berhampiran Singapura.

Lapan anak kapal iaitu tujuh warga Myanmar dan seorang warga Taiwan  telah ditahan, kata agensi antidadah itu. – AFP

The post Indonesia rampas 1.3 tan ketamin bernilai RM447 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved