"Indonesia Rumah Kedua Saya" - Anna Jobling Tembusi Industri Hiburan Negara Seberang

13 Dec 2023 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tahun 2023 bakal menutup tirai dan menyaksikan perjalanan karier seni Anna Jobling, 23, bukan sahaja ‘meriah’ di Malaysia, malah juga terus mendapat tumpuan dan perhatian di negara seberang, Indonesia.

Populariti yang diraih Anna di Indonesia menerusi drama Melur Untuk Firdaus menjadi titik permulaan dalam mengembangkan bakat dan karier beliau di negara tersebut.

"Penghujung tahun lepas, Anna tak sangka boleh popular dan mempunyai peminat di Indonesia. Sambutan kali pertama berkunjung ke Jakarta sangat mengujakan. Detik itu, Anna membayangkan yang Indonesia bakal menjadi rumah kedua Anna,” katanya.  

Anna terus ditawarkan untuk membintangi siri OTT “The One” sebanyak 10 episod terbitan MNC TV yang bakal ditayangkan pada penghujung Disember ini.

Menjalani penggambaran selama sebulan di pulau peranginan terkenal, Bali, Anna teruja dapat bekerjasama dengan pelakon dan pengarah terkenal Indonesia, Pevita Pearce.




image is not available