Indonesia tak benar iPhone 16 dijual secara rasmi, ini sebabnya

LocalTechnology
11 Oct 2024 • 7:29 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Peminat Apple di Indonesia mungkin perlu menunggu lebih lama untuk siri iPhone 16 mula dijual di Indonesia. Ia disebabkan masalah pensijilan oleh pihak pengeluar yang tidak dapat diselesaikan disebabkan tidak memenuhi keperluan yang telah digariskan oleh kerajaan Indonesia.

40% komponen iPhone 16 perlu daripada sumber tempatan

Menurut Menteri Industri, Agus Gumiwang Kartasasmita, iPhone 16 tidak boleh dijual secara rasmi di Indonesia sehinggalah Apple memperbaharukan sijil Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) dan memenuhi komitmen pelaburan yang telah Apple janjikan sebelum ini.

Untuk maklumat anda, sijil TKDN mengesahkan bahawa 40% komponen yang ada dalam sesuatu produk adalah datangnya daripada sumebr tempatan. Pada segi komitmen pelaburan setempat pula, Agus memberitahu bahawa Apple setakat ini telah melabur USD9.53 juta daripada USD109 juta yang telah dipersetujui.

Buat masa ini, Apple telah pun membuka tiga buah akademi masing-masing di Tangerang, Sidoarjo, dan Batam. Akademi keempat akan dubuka di Bali, pengumuman yang dibuat selepas lawatan Tim Cook ke Indonesia dalam bulan April 2024 lalu. Kerajaan Indonesia telah menyarankan Apple untuk membuka pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) dalam negara itu untuk mewujudkan pekerjaan baharu dan menambah baik tenaga kerja berkemahiran tinggi.

iPhone 15 masuki Indonesia agak lewat

Mengikut sejarah, iPhone 15 juga lewat masuki Indonesia. Siri itu mula dijual hujung Oktober 2023 sedangkan pelancaran globalnya adalah 13 September 2023. Sebagai perbandingan, iPhone 15 mula boleh ditempah 22 September 2023 dan dijual di Malaysia pada 29 September 2023 bulan yang sama.

Sumber: CNA

Bacaan berkaitan