Industri perlu automasi, kurangkan kebergantungan pekerja asing – Johari

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2026 • 11:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Industri perlu automasi, kurangkan kebergantungan pekerja asing – Johari

KUALA LUMPUR – Industri termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mempercepatkan penggunaan automasi dalam operasi dan pengeluaran bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing pada masa depan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kebergantungan berlebihan terhadap pekerja asing bukan sahaja memberi kesan kepada struktur kos industri, malah boleh menjejaskan daya saing syarikat yang tidak mempunyai akses lebih luas terhadap sumber berkenaan.

Beliau menegaskan, pekerja asing pada masa depan seharusnya hanya tertumpu kepada pekerjaan yang tergolong dalam kategori 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar.

“Kita nak bagi penekanan betapa pentingnya bahawa kita kena membawa automasi ke dalam operasi dan pengeluaran secepat mungkin kerana akan datang, pekerja asing tidak akan tersedia pada kadar seperti yang kita ada pada hari ini.

“Kalau ada pun, mereka akan datang untuk bekerja dalam sektor 3D, itu sahaja. Tiga ni, lepas tu tak ada (sektor lain),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Forum Wanita, Kecerdasan Buatan dan Ekonomi Digital di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WCTKL), hari ini.

Bagaimanapun jelas beliau, pengurangan pekerja asing tidak boleh dilakukan secara mendadak, sebaliknya perlu dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keperluan sebenar sesuatu industri.

“Kalau sebuah syarikat mempunyai 1,000 pekerja dan pekerjaan 3D hanya 20 peratus, maka 200 orang mungkin diperlukan. Baki 800 itu, dari masa ke masa, kita perlu kurangkan.

“Bukan secara serta-merta, tetapi kita perlu mengurangkannya dari semasa ke semasa. Jangan terlalu mudah meluluskan pekerja asing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Industri perlu automasi, kurangkan kebergantungan pekerja asing – Johari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved