Industri teknologi tinggi perlukan tenaga mahir tempatan

LocalTechnology
22 Oct 2026 • 4:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Industri teknologi tinggi perlukan tenaga mahir tempatan

LIPIS – Malaysia perlu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan bagi memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi, sekali gus memastikan kemasukan pelaburan baharu dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi merupakan antara faktor penting bagi memastikan industri berkembang dan pelabur dapat memenuhi keperluan operasi mereka di negara ini.

“Cabaran timbul apabila pelabur membawa masuk tenaga kerja sendiri dari luar negara bagi mengisi jawatan yang memerlukan kemahiran tertentu.

“Bagaimana kita mahu memastikan industri boleh berkembang dan pelabur datang sekiranya kita tidak mempunyai tenaga kerja mahir yang mampu mengisi serta menampung keperluan negara?” katanya ketika berucap pada program Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET Mara 2026 Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Program itu menghimpunkan seramai 1,288 peserta terdiri daripada penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG), pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mahasiswa.

Majlis perasmian program itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal.

Asyraf Wajdi berkata, pendekatan pembangunan pendidikan dan latihan juga perlu disesuaikan dengan perubahan landskap ekonomi serta permintaan industri yang semakin memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi. -KOSMO! ONLINE

The post Industri teknologi tinggi perlukan tenaga mahir tempatan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved