Samsung Dilaporkan Sudah Mula Mengilangkan Cip Neuralink Generasi Keempat

TechnologyDigital
16 Jun 2026 • 12:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung dan Neuralink adalah dua syarikat yang anda mungkin tidak jangkakan akan bekerjasama, tetapi tahukah anda bahawa Samsung dan syarikat-syarikat milik Elon Musk sebenarnya sudahpun banyak bekerjasama sebelum ini? Samsung Foundries telah bekerjasama dengan Tesla untuk menghasilkan cip pemprosesan untuk sistem pemanduan kendiri Full Self Driving sebelum ini, dan kini tiba giliran Neuralink pula.

Menurut laporan media Korea Selatan, Hankyung, Samsung Foundries telah mula merekacipta cip pemprosesan Brain Compute Interface (BCI) Neuralink generasi keempat sejak penghujung tahun lepas, dan kini telah memulakan proses pengilangan dan pengeluaran cip pemprosesan ini baru-baru ini.

Neuralink

Cip-cip pemprosesan Neuralink ini akan dihasilkan menggunakan proises 4nm FinFET dan akan mula dihantar kepada Neuralink pada awal tahun hadapan selepas semua fasa pengeluaran awal dan semakan hasil pengeluaran telah siap dilakukan. Dalam pada itu, pengeluaran cip BSI secara besar-besaran dijangka akan berlaku pada penghujung tahun hadapan setelah semua cip-cip ini melepasi fasa ujian oleh Neuralink.

Laporan ini juga dilihat cukup menarik kerana pengeluaran tiga generasi cip Neuralink sebelum ini semuanya telah dihasilkan oleh TSMC. Jangkaannya ialah dengan siri cip pemprosesan generasi keempat ini, jika Samsung dapat menghasilkan cip dengan kualiti dan kadar yang bersesuaian, Neuralink boleh mendapatkan bekalan cip yang mencukupi dari kedua-dua syarikat untuk pelbagai jenis kegunaan di masa hadapan.

Sumber: Hankyung