Infinix GT 30 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 September 2025

LocalGaming
4 Sep 2025 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix bakal melancarkan telefon pintar baharu GT 30 di Malaysia pada 11 September 2025. Model kali ini direka khas untuk peminat permua tegar dan mengekalkan ciri utama siri GT termasuk butang GT Trigger. Ia juga hadir dengan skrin AMOLED 144Hz dan cip Mediatek Dimensity 7400 yang baharu.

image is not available

Selain itu, ia menyokong sehingga 120FPS untuk permua popular seperti PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang. Rekaan GT30 akan menampilkan gaya baharu Mechanical Lights Wave dengan pilihan warna Cyber Blue, Pulse Green dan Shadow Ash. Ia juga dilengkapi teknologi AI Infinix untuk pengalaman penggunaan lebih terkini.

image is not available

Infinix turut mengumumkan GT30 sebagai telefon pintar rasmi untuk Liga Professional Mobile Legends Malaysia Musim ke-16 (MPL MY S16). Tiga pasukan akan disokong musim ini iaitu Homebois, Monster Vicious dan Aero Esport. Maklumat lanjut termasuk harga jualan hanya akan diketahui selepas pelancaran rasmi kelak.