Honor Malaysia Perkenalkan Tiga Fon Telinga Nirwayar Baharu Dengan Harga Bermula RM199

TechnologyDigital
23 Apr 2026 • 5:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Malaysia hadir dengan beberapa pilihan fon telinga baharu yang menyasarkan keperluan berbeza pengguna iaitu Honor Earbuds 4, Honor Choice Earbuds Clip 2 Pro dan Honor Earbuds A Pro.

image is not available

Honor Earbuds 4 ialah fon telinga bertangkai dengan rekaan seakan model Samsung. Ia hadir dengan pemacu audio 11mm + 6mm yang menyokong pembatalan hingar sehingga 50dB termasuk ANC dan Call Noise Cancellation.

Tambatan pantas boleh dibuat melalui Bluetooth 5.3 dengan fungsi Pop-up Pair serta Wear Detection. Selain itu, ia menawarkan ciri pintar seperti Discover Nearby Earbuds, Auto-Reconnect, Find Earbuds dan Account Pairing-Free. Dari segi bateri, ia mampu bertahan 46 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas.

image is not available

Honor Choice Earbuds Clip 2 Pro hadir dengan rekaan seakan subang yang sesuai untuk pelbagai bentuk telinga. Ia menggunakan pemacu audio 12mm bagi kualiti bunyi lebih baik dan menawarkan ketahanan bateri sehingga 44 jam bersama pod pengecas.

Walaupun tidak menyokong ANC kerana tidak direka untuk mengasingkan bunyi, ia tetap menonjol dengan ciri pintar seperti Auto-Wear Detection, Drop Detection & Alert serta AI Real-Time Translation yang menambah nilai menarik untuk pengguna.

image is not available

Honor Earbuds A Pro ialah fon telinga nirwayar bertangkai dengan pod pengecas ringan. Ia dilengkapi sepasang pemacu audio 12.4mm serta menyokong ANC 49dB untuk pengalaman mendengar lebih imersif. Fon telinga ini juga hadir dengan teknologi AI-Assisted Noise Reduction yang menapis bunyi latar bagi kejelasan panggilan lebih baik.

Selain itu, ia menyokong audio spatial untuk bunyi lebih menyeluruh. Pengguna telefon pintar Honor turut boleh menikmati kelebihan seperti Pop-Up Pairing dan pertukaran berbilang peranti tanpa perlu ditambat semula menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Di Malaysia, Honor Earbuds 4 dijual pada harga RM399, Honor Choice Earbuds Clip 2 Pro berharga RM499 manakala Honor Earbuds A Pro ditawarkan pada harga RM199.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved