ASM Automation Group meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities untuk IPO di Pasaran ACE 

LocalBusiness & Finance
16 Apr 2025 • 3:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ASM Automation Group meterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities untuk IPO di Pasaran ACE

image is not available

16/04/2025 - 15:27

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 16 APRIL – ASM Automation Group Berhad (ASM), pemain utama dalam sektor rumusan jentera automasi tempatan, hari ini memeterai perjanjian taja jamin bersama M & A Securities Sdn Bhd sebagai persediaan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

ASM beroperasi melalui anak syarikat milik penuhnya, Arrow Systems Sdn Bhd, yang menyediakan perkhidmatan penuh dalam reka bentuk, pembangunan, fabrikasi, pemasangan dan pentauliahan peralatan automasi tersuai.

Fokus utama ASM adalah dalam sektor makanan dan minuman (F&B), khususnya dalam penyelesaian automasi Front-of-Line (FOL) dan End-of-Line (EOL), yang masing-masing melibatkan pemprosesan awal bahan mentah dan pembungkusan produk akhir.

Dalam pada itu, tawaran untuk penjualan 53.48 juta saham pula akan dibuat kepada pelabur terpilih melalui kaedah penempatan persendirian.

Melalui perjanjian taja jamin itu, M & A Securities akan menaja jamin sejumlah 37.44 juta saham, merangkumi saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia dan mereka yang layak di bawah Peruntukan Borang Merah Jambu. Manakala baki 144.39 juta saham akan diagihkan kepada pelabur terpilih dan pelabur Bumiputera.

Menurut laporan pasaran bebas oleh Providence Strategic Partners Sdn Bhd, industri penyelesaian jentera automasi dalam sektor F&B di Malaysia dijangka berkembang pesat daripada RM1.7 bilion pada tahun 2023 kepada RM3.7 bilion menjelang 2027, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 21.5%.

Pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan permintaan terhadap produk makanan diproses, keperluan terhadap automasi dalam pengeluaran, serta inisiatif kerajaan yang menggalakkan penggunaan automasi di kalangan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS).



Mengulas mengenai perkembangan itu, Pengarah Urusan ASM, Chan Kok Heng berkata perjanjian tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan IPO syarikat.

"Modal yang dikumpul akan membolehkan kami mengukuhkan lagi jejak operasi kami, terutamanya melalui pengembangan kemudahan pembuatan kami, pembelian mesin baharu, pemasangan jentera demonstrasi dan penyenaraian pembangunan yang sah ini bukan sahaja mampu untuk pertumbuhan.

"Ia juga menyediakan pentas untuk ASM meningkatkan impaknya di seluruh Malaysia dan pasaran luar negara kita," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan kehadiran di pasaran Asia Tenggara, India, China dan Afrika, serta barisan penyelesaian automasi FOL dan EOL yang disesuaikan, ASM berada pada kedudukan yang strategik untuk menerajui gelombang automasi industri yang semakin berkembang di rantau ini.

Hasil IPO akan digunakan bagi memperluas kapasiti pengeluaran, memperoleh jentera automasi terkini serta memperkukuh bahagian Reka Bentuk dan Pembangunan (R&D) bagi menyokong inovasi teknologi automasi masa depan.

ASM telah menerima kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE pada 20 Februari 2025.

M & A Securities Sdn. Bhd. bertindak sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO tersebut, manakala Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd merupakan penasihat kewangan.- DagangNews.com

standard