Infinix Note Edge Akan Menerima Sokongan Kemaskini Perisian Selama 3 + 5 Tahun

LocalTechnology
29 Jan 2026 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix Note Edge dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada 4 Februari 2025 dan aspek sokongan perisian menjadi antara perkara utama yang diberi perhatian.

image is not available

Sehubungan itu, Infinix mengumumkan bahawa peranti ini akan menerima tiga versi Android serta tampalan keselamatan selama lima tahun sekali gus menandakan komitmen jangka panjang terhadap pengalaman pengguna dan keselamatan peranti.

Langkah ini merupakan peningkatan berbanding sokongan sebelum ini yang hanya menawarkan 2 + 3 tahun kemaskini. Meskipun begitu, ia masih belum menandingi beberapa pengeluar lain seperti Samsung yang menyediakan sokongan sehingga enam tahun meskipun pada peranti kelas permulaan mereka.

image is not available

Selain sokongan perisian, tumpuan utama Infinix terhadap model ini ialah pada reka bentuk yang nipis dan ringan menjadikannya lebih praktikal untuk kegunaan harian. Butiran penuh mengenai spesifikasi serta harga jualan di Malaysia hanya akan diketahui selepas pelancaran rasmi kelak.

Pandangan pertama peranti ini turut telah diterbitkan beberapa hari lalu bagi memberikan gambaran awal kepada pengguna tentang reka bentuk dan ciri yang ditawarkan.