Inflasi negara meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026 - DOSM

LocalBusiness & Finance
17 Apr 2026 • 1:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026, dengan IHP mencatatkan 136.4 berbanding 134.1 pada tempoh sama tahun lepas. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 136.4 berbanding 134.1 pada tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan pada Jumaat, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi itu didorong terutamanya oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 1.6 peratus berbanding -0.7 peratus pada Februari 2026.

Selain itu, kenaikan turut dicatatkan dalam kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial serta pelbagai barangan dan perkhidmatan lain, yang meningkat kepada tujuh peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan Februari 2026.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved