Tarikh Bayaran SKAS 2026 adalah mengikut tiga fasa iaitu 10 MAC 2026 (Selasa) untuk Fasa 1, 15 MEI 2026 untuk Fasa kedua dan 10 NOVEMBER 2026 untuk Fasa ketiga melalui SPAY Global.
Pada 16 April 2026, Kerajaan Sarawak mengumumkan peningkatan bantuan SKAS sebanyak RM136.2 juta sebagai langkah membantu rakyat negeri itu menghadapi kesan konflik di Timur Tengah.
Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg, memaklumkan bahawa bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 ini bakal memberi manfaat kepada hampir 900,000 penerima terdiri daripada isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.
Isi rumah kini menerima RM1,100 berbanding RM950 sebelum ini, warga emas pula menerima RM600 berbanding RM500, manakala individu bujang menerima RM375 berbanding RM300.
Secara keseluruhan, peruntukan kewangan Kerajaan Sarawak bagi pelaksanaan SKAS pada tahun 2026 meningkat kepada RM680.0 juta berbanding jumlah asal RM543.8 juta pada tahun sebelumnya.
Ringkasan Tarikh Bayaran SKAS 2026
SKAS 2026 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) disalurkan sebanyak 3 fasa dalam tahun 2026, iaitu setiap kira‑kira 4 bulan sekali, melalui e‑dompet S Pay Global kepada penerima yang layak.
Fasa 1 – Bermula pada 10 Mac 2026
Fasa 2 – Bermula pada 15 Mei 2026
Fasa 3 – Bermula pada 10 November 2026
Bayaran dikreditkan secara berperingkat, bukan sekaligus, dan penerima perlu menyemak status melalui S Pay Global atau portal rasmi SKAS bagi mengesahkan sama ada bantuan sudah masuk.
Apa itu SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Rahmah)?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sarawak, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat mendapatkan akses kepada keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan harian yang lain.
Antara kriteria kelayakan penerima iaitu hanya anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan “K” yang beralamat dan menetap di Sarawak serta tiga kategori penerima yang layak iaitu isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan dan tiada anak.
Pelaksanaan SKAS memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Sarawak, antaranya:
Meringankan beban kewangan: SKAS dapat membantu meringankan beban kewangan bagi memenuhi keperluan asas.
Mendorong pertumbuhan ekonomi: Dengan meningkatkan daya beli masyarakat, SKAS secara tidak langsung dapat mendorong pertumbuhan ekonomi di Sarawak.
Meningkatkan taraf hidup: Bantuan yang diberikan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penerima.
Sasaran Penerima SKAS
SKAS disasarkan kepada beberapa kategori penerima, termasuk:
Kategori 1: Isi Rumah
Berkahwin; atau
Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai dengan tanggungan (anak/ibu bapa);
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang; dan
Tiada had umur.
Kategori 2: Bujang
Tidak berkahwin; atau
Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai tanpa tanggungan;
Pendapatan kasar bulanan RM2,500 atau kurang;
Berumur antara 21-59 tahun; dan
Individu OKU (Orang Kurang Upaya) bujang berumur 19 tahun dan ke atas.
Kategori 3: Warga Emas tanpa pasangan atau anak
Tidak berkahwin; atau
Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai tanpa anak;
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang; dan
Berumur 60 tahun dan ke atas.
Sekiranya anda menepati mana-mana syarat dalam kategori di atas, maka anda boleh membuat rayuan SKAS kelak.
Tarikh Bayaran SKAS 2026
Berikut adalah tarikh bayaran SKAS 2026 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) yang telah diumumkan:
Jadual Bayaran SKAS 2026
Fasa 1: 10 Mac 2026
Fasa 2: 15 Mei 2026
Fasa 3: 10 November 2026
NOTA:
Bayaran dibuat 3 kali setahun (setiap ±4 bulan)
Dikreditkan secara berperingkat melalui e-dompet S Pay Global
Kadar bantuan SKAS yang diberikan berbeza-beza mengikut kategori penerima dan kelayakan. Bagi tahun 2026, bayaran SKAS meningkat mengikut kategori seperti berikut (update terkini 16 April 2026):
Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM1,100 (sebelum ini RM950).
Fasa 1: RM316 (10 Mac)
Fasa 2: RM424 (15 Mei)
Fasa 3: RM360 (10 Nov)
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM600 (sebelum ini RM500).
Fasa 1: RM166 (10 Mac)
Fasa 2: RM234 (15 Mei)
Fasa 3: RM200 (10 Nov)
Individu Bujang (Pendapatan ≤ RM2,500)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM375 (sebelum ini RM300).
Permohonan dan rayuan SKAS 2026 boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi Sarawak serta secara manual di pejabat/PPR, dengan syarat anda adalah warganegara Malaysia yang tinggal di Sarawak dan memenuhi kriteria pendapatan isi rumah.
Proses permohonan dan rayuan boleh dibuat secara online di pautan rasmi: [AKAN DIKEMASKINI]
Sesiapa yang nak buat permohonan baru atau rayuan SKAS dah bolehlah isikan maklumat anda. Yang penting setiap individu perlu daftar akaun Sarawak ID terlebih dahulu. Bagi yang belum ada, boleh rujuk langkah-langkah yang akan ditunjukkan di bawah.
Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke customerservice@spayglobal.my.
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to 555999@sarawak.gov.my
Soalan Lazim Tarikh Bayaran SKAS 2026
Bila tarikh bayaran SKAS 2026?
Tarikh rasmi pengkreditan SKAS 2026 ialah 10 Mac 2026 untuk Fasa 1, 15 Mei 2026 untuk Fasa 2, dan 10 November 2026 untuk Fasa 3.
Adakah bayaran SKAS dibuat sekaligus?
Tidak, SKAS 2026 disalurkan sebanyak tiga kali setahun, iaitu setiap empat bulan sekali.
Bagaimana bayaran SKAS dikreditkan?
Bantuan ini dikreditkan terus melalui e-dompet S Pay Global kepada penerima yang layak.
Kenapa bayaran Fasa 2 diawalkan?
Fasa 2 yang asalnya dijangka pada Julai 2026 diawalkan ke 15 Mei 2026, sebelum Hari Raya Haji dan Gawai 2026.
Berapakah jumlah bayaran SKAS 2026?
Isi rumah: RM1,100 (berbanding RM950 sebelum ini). Warga emas: RM600 (berbanding RM500 sebelum ini). Individu bujang: RM375 (berbanding RM300 sebelum ini).
Bagaimana nak semak status bayaran SKAS 2026?
Penerima boleh log masuk ke aplikasi S Pay Global dan semak baki atau sejarah transaksi untuk melihat sama ada SKAS telah dikreditkan. Selain itu, status kelayakan boleh disemak melalui portal rasmi SKAS / laman kerajaan Sarawak yang berkaitan.
Kenapa saya belum menerima bayaran SKAS walaupun sudah lepas tarikh?
Bayaran SKAS 2026 disalurkan secara berperingkat, bukan serentak untuk semua penerima. Sesetengah penerima mungkin menerima bayaran sedikit lebih awal atau selepas tarikh rasmi, bergantung pada proses muat naik data dan pengesahan e‑dompet S Pay Global.
Rujuk juga soalan lazim (FAQ) Sumbangan Asas Keperluan Asas Sarawak SKAS 2026 di bawah: