Rayuan SKAS 2026 boleh dibuat oleh pemohon yang tercicir melalui ketua kampung dan ketua kaum (KMKK) masing-masing untuk dibantu dalam urusan penyediaan dokumen dan penyerahan rayuan.
Untuk makluman, bayaran SKAS Fasa 1 akan disalurkan bermula 10 MAC 2026 (Selasa) melalui SPAY Global. Manakala fasa kedua dan fasa ketiga pula masing-masing akan disalurkan pada 15 Mei dan 10 November depan.
Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, terdapat kira-kira 90,000 individu yang tercicir daripada senarai LHDN diminta untuk membuat rayuan SKAS.
Ketua kampung dan ketua kaum diminta membantu penduduk menguruskan dokumen rayuan.
Rujuk info penuh mengenai SKAS termasuklah proses rayuan SKAS di bawah.
Ringkasan Rayuan SKAS 2026
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, secara rasminya telah membuka proses rayuan bagi individu yang tercicir daripada pangkalan data.
Ketua kampung dan ketua kaum diminta membantu penduduk menguruskan dokumen rayuan.
Bagi pemohon yang berjaya dalam rayuan ini, bayaran penuh insentif SKAS 2026 akan disalurkan sekali gus pada pembayaran Fasa 3 (November 2026).
Apa itu SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Rahmah)?
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Sarawak, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Program ini bertujuan untuk membantu masyarakat mendapatkan akses kepada keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan harian yang lain.
Antara kriteria kelayakan penerima iaitu hanya anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan “K” yang beralamat dan menetap di Sarawak serta tiga kategori penerima yang layak iaitu isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan dan tiada anak.
Pelaksanaan SKAS memberikan banyak manfaat kepada masyarakat Sarawak, antaranya:
Mendorong pertumbuhan ekonomi: Dengan meningkatkan daya beli masyarakat, SKAS secara tidak langsung dapat mendorong pertumbuhan ekonomi di Sarawak.
Meningkatkan taraf hidup: Bantuan yang diberikan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penerima.
Meringankan beban kewangan: SKAS dapat membantu meringankan beban kewangan bagi memenuhi keperluan asas.
Pada 16 April 2026, Kerajaan Sarawak mengumumkan peningkatan bantuan kewangan sebanyak RM136.2 juta sebagai langkah membantu rakyat negeri itu menghadapi kesan konflik di Timur Tengah.
Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg, memaklumkan bahawa bantuan khas ini disalurkan melalui kenaikan kadar Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang memberi manfaat kepada hampir 900,000 penerima terdiri daripada isi rumah, warga emas dan individu bujang yang layak.
Isi rumah kini menerima RM1,100 berbanding RM950 sebelum ini, warga emas pula menerima RM600 berbanding RM500, manakala individu bujang menerima RM375 berbanding RM300.
Secara keseluruhan, peruntukan kewangan Kerajaan Sarawak bagi pelaksanaan SKAS pada tahun 2026 meningkat kepada RM680.0 juta berbanding jumlah asal RM543.8 juta pada tahun sebelumnya.
Sasaran Penerima SKAS
SKAS disasarkan kepada beberapa kategori penerima, termasuk:
Kategori 1: Isi Rumah
Berkahwin; atau
Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai dengan tanggungan (anak/ibu bapa);
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang; dan
Tiada had umur.
Kategori 2: Bujang
Tidak berkahwin; atau
Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai tanpa tanggungan;
Pendapatan kasar bulanan RM2,500 atau kurang;
Berumur antara 21-59 tahun; dan
Individu OKU (Orang Kurang Upaya) bujang berumur 19 tahun dan ke atas.
Kategori 3: Warga Emas tanpa pasangan atau anak
Tidak berkahwin; atau
Ibu/Bapa Tunggal/Balu/Duda/Cerai tanpa anak;
Pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang; dan
Berumur 60 tahun dan ke atas.
Sekiranya anda menepati mana-mana syarat dalam kategori di atas, maka anda boleh membuat rayuan SKAS kelak.
Jumlah keseluruhan: Seramai 874,878 rakyat Sarawak telah diluluskan menerima bantuan setakat ini.
Ketua isi rumah: Mempelopori angka tertinggi dengan jumlah 405,505 orang penerima.
Golongan bujang: Mencatatkan bilangan kedua tertinggi melibatkan kira-kira 342,000 individu.
Warga emas: Seramai 127,266 individu dalam kategori ini turut menerima manfaat.
Kira-kira 90,000 individu di seluruh Sarawak dikesan tercicir dan diminta untuk membuat rayuan. Pertimbangan khas akan diberikan kepada pemohon yang terbukti benar-benar layak.
Kadar Bantuan SKAS Terkini
Kadar bantuan SKAS yang diberikan berbeza-beza mengikut kategori penerima dan kelayakan. Bagi tahun 2026, bayaran SKAS meningkat mengikut kategori seperti berikut:
Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM1,100 (sebelum ini RM950).
Fasa 1: RM316 (10 Mac)
Fasa 2: RM424 (15 Mei)
Fasa 3: RM360 (10 Nov)
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (Pendapatan ≤ RM5,000)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM600 (sebelum ini RM500).
Fasa 1: RM166 (10 Mac)
Fasa 2: RM234 (15 Mei)
Fasa 3: RM200 (10 Nov)
Individu Bujang (Pendapatan ≤ RM2,500)
Bantuan tahunan dinaikkan kepada RM375 (sebelum ini RM300).
Kerajaan Sarawak melalui kenyataan rasmi bertarikh 20 Jun 2026 telah mengumumkan pembukaan rasmi bagi proses permohonan Rayuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026.
Langkah ini diambil susulan pengumuman oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bagi membela nasib individu yang tercicir daripada pangkalan data awal.
Bagi pemohon yang berjaya dalam urusan semakan semula ini, bayaran penuh tunggakan insentif SKAS akan disalurkan secara sekali gus menjelang pembayaran Fasa 3 pada November 2026.
Fokus utama proses rayuan ini adalah untuk menjejaki kira-kira 90,000 individu di seluruh Sarawak yang dikenal pasti layak tetapi nama mereka tiada dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bagi melancarkan urusan, para pemohon yang terlibat diminta untuk segera berhubung dengan ketua kampung dan ketua kaum (KMKK) di kawasan masing-masing bagi mendapatkan bantuan penyediaan dokumen serta penghantaran borang rayuan.
Kerajaan Sarawak memberi jaminan penuh bahawa mana-mana individu yang terbukti benar-benar memenuhi syarat kelayakan akan dimasukkan semula ke dalam senarai penerima manfaat.
Bagi mengelakkan isu keciciran berulang, individu yang layak tetapi tidak tersenarai disaran untuk hadir secara fizikal ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat untuk menyemak, mengemas kini profil pendapatan isi rumah, serta membetulkan maklumat data peribadi semasa.
Pengemaskinian pangkalan data secara berkala dengan pihak LHDN ini amat kritikal bagi memastikan urusan penyaluran sebarang bantuan kerajaan pada masa hadapan dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.
Cara Permohonan SKAS 2026
Permohonan SKAS 2026 boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi Sarawak serta secara manual di pejabat/PPR, dengan syarat anda adalah warganegara Malaysia yang tinggal di Sarawak dan memenuhi kriteria pendapatan isi rumah.
Yang penting setiap individu perlu daftar akaun Sarawak ID terlebih dahulu. Bagi yang belum ada, boleh rujuk langkah-langkah yang akan ditunjukkan di bawah.
Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke customerservice@spayglobal.my.
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to 555999@sarawak.gov.my
Permohonan rayuan SKAS bagi 90,000 individu yang layak tetapi tidak tersenarai kini dibuka. Ketua kampung dan ketua kaum diminta membantu penduduk menguruskan dokumen rayuan.
Di manakah boleh membuat rayuan SKAS 2026?
Permohonan rayuan untuk 90,000 individu yang tercicir boleh dilakukan dengan menghubungi ketua kampung dan ketua kaum (KMKK) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan bantuan penyediaan dokumen serta penghantaran borang rayuan.
Siapa yang perlu membuat rayuan SKAS?
– Individu yang berstatus “Tidak Layak” dalam semakan Fasa 1 & Fasa 2. – Pemohon yang mengalami perubahan status (contoh: pendapatan berkurang atau perubahan kategori dari bujang ke isi rumah).
Berapakah kadar bantuan SKAS Terkini?
– Isi Rumah: RM1,100 – Warga Emas Tunggal: RM600 – Individu Bujang: RM375
Adakah saya perlu mengemas kini akaun S PAY GLOBAL untuk rayuan?
Ya. Pastikan akaun S PAY GLOBAL anda sudah disahkan (Premium User) agar dana dapat dikreditkan dengan segera sebaik sahaja rayuan anda diluluskan.
Mengapakah saya tidak layak menerima SKAS 2026?
Anda mungkin tidak layak menerima SKAS 2026 atas salah satu sebab berikut: a) Anda tidak tersenarai sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa terkini; b) Pendapatan isi rumah anda melebihi kriteria kelayakan yang ditetapkan; c) Alamat dalam rekod STR menunjukkan anda menetap di luar Sarawak; atau d) Anda bukan rakyat Sarawak.
Bolehkah saya membuat permohonan sekiranya nama saya tidak terdapat dalam senarai penerima bantuan SKAS?
Pelaksanaan SKAS 2026 menggunakan sepenuhnya data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sekiranya anda bukan penerima STR tetapi memenuhi syarat dan kriteria SKAS, anda digalakkan untuk memohon STR terlebih dahulu.
Pasangan saya adalah penerima STR dan saya adalah rakyat Sarawak yang layak, tetapi nama saya tidak tersenarai sebagai penerima SKAS.
Syarat kelayakan penerima SKAS adalah rakyat Sarawak pemegang Kad Pengenalan berstatus K. Jika pasangan anda adalah penerima STR tetapi bukan rakyat Sarawak pemegang Kad Pengenalan berstatus K, maka dia tidak memenuhi kriteria kelayakan SKAS.
Rujuk juga soalan lazim (FAQ) Sumbangan Asas Keperluan Asas Sarawak SKAS 2026 di bawah: