
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pada awal bulan lalu syarikat teknologi terkenal di dunia, Apple telah melancarkan satu lagi telefon pintar iaitu iPhone 17.
Telefon pintar itu mempunyai beberapa model terbaharu seperti iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan Pro Max yang didatangi dengan reka bentuk yang berbeza dengan iPhone yang sebelumnya.
Bukan hanya itu, ia turut didatangi dengan pelbagai jenis warna yang berjaya menarik perhatian peminat tegar jenama ini dan ingin mendapatkannya.
Influencer minta derma dari pengikut untuk beli iPhone 17
Terbaharu seorang influencer wanita dari Uttar Pradesh, India turut tidak mahu ketinggalan untuk membeli telefon pintar berkenaan sehingga dia menjadi perhatian orang ramai.
Ini kerana, wanita yang dikenali sebagai Mahi Singh telah memuat naik satu video di media sosial untuk meminta pengikutnya mendermakan duit untuk dia membeli iPhone 17 Pro Max berkenaan.
Mahi Singh meminta pengikutnya untuk mendermakan sekitar 1 (RM0.04) hingga 2 rupee (RM0.09) untuk membeli telefon berharga 149,000 rupees (RM7,071).
Jelaskan kutip derma kerana bapa enggan belikan
Influencer itu turut menjelaskan alasan dia membuat kempen meminta derma itu selepas bapa enggan membelikan telefon berkenaan.
Ini kerana, bapanya telah menghadiahkan iPhone 16 pada tiga bulan yang lalu.
“iPhone 17 Pro baru sahaja dilancarkan dan saya sangat sukakan warnanya. Tiga bulan lalu, ayah saya membeli iPhone 16 kepada saya. Saya kini mahu mendapatkan telefon baharu untuk hari jadi yang bakal tiba pada 21 Oktober, namun bapa saya tidak mahu membelinya.
“Jika anda semua membantu dengan memberikan 1, 2, 3 atau 4 rupee setiap seorang, maka saya boleh membeli telefon itu dan saya akan berterima kasih tulus dari hati. Ini akan membuatkan impian saya menjadi kenyataan,” jelas Mahi Singh dalam video tersebut, lapor NDTV.
Suka sangat dengan warna model iPhone 17
Kata Mahi Singh lagi sejujurnya dia begitu menyukai telefon itu dan tidak tahu bagaimana ingin memberitahu mengenai perkara itu.
Video itu kemudiannya menjadi tular di X, dan mendapat perhatian ramai. Malah dalam rakaman yang dikongsikan oleh influencer berkenaan dia turut meletakkan imbasan kod QR untuk orang ramai memberikan derma.
Selain itu, dia juga menunjukkan warna yang diinginkan serta harga telefon bimbit berkenaan.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai berapakah jumlah kutipan derma yang dapat dikumpul oleh wanita berkenaan untuk membeli telefon pintar berkenaan.
Source:

![Boleh Ke Lekat Sticker Kalimah Al-Quran Pada Akuarium Ikan? Ini Penjelasan UAI [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Ilmu Warisan” – Prof Kongsi Petua Orang Tua Untuk Semak Jika Anak Capai Umur Untuk Mula Darjah 1 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

