
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Buat individu beragama Islam, membaca al-Quran merupakan perbuatan mulia dan amat dituntut dalam agama.
Ia bukan sahaja memberi pahala namun boleh meninggalkan kesan kepada seseorang khususnya mereka yang membacanya setiap hari.
Pun begitu, ada keadaan seseorang itu tidak mampu untuk membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai rutin kerana terlampau penat bekerja atau kurang sihat.
Ada yang mengambil inisiatif dengan membacanya sambil baring sebelum tidur apatah lagi bacaan tersebut kini mudah didapati menerusi carian di internet.
Namun, pernah tak korang terfikir adakah boleh seseorang itu membaca ayat suci al-Quran dalam keadaan berbaring?
Boleh Baca Al-Quran Sambil Baring – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seseorang itu dibolehkan membaca al-Quran sambil baring.
Jelas laman berkenaan, hukum membaca al-Quran sama ada dalam keadaan berbaring atau di atas katil adalah harus.
“Hal ini menzahirkan bahawa Islam adalah agama yang bersifat memudahkan serta penuh keluasan,” jelas mereka.
Perkara ini turut dijelaskan oleh pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam videonya di YouTube.
Kedudukan Terbaik Membaca Al-Quran
Namun, laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan kedudukan atau situasi terbaik buat individu ketika membaca ayat suci al-Quran.
Jelas mereka, keadaan yang paling sempurna adalah ketika seseorang itu berada dalam keadaan duduk dengan penuh khusyuk dan ketenangan, menundukkan kepalanya (menghadap ke arah mushaf) serta duduk dengan penuh adab sama seperti duduknya seseorang di hadapan para guru.
Adab Membaca Al-Quran
Untuk info, UAI menerusi satu hantaran di Facebook miliknya sebelum ini ada berkongsi adab ketika membaca al-Quran.
Adab yang boleh dijadikan panduan ramai adalah seperti:
- Hendaklah dibaca dengan tartil (baca dengan betul segala huruf dan baris serta hukum hakam berkaitan tajwid al-Quran) sebagaimana yang diperintah Allah SWT.
- Membaca al-Quran dengan penuh perhatian dan renungan terhadap maksud ayat yang dibaca.
- Membaca dengan suara yang merdu dan elok sehingga menambah keindahan al-Quran.
- Sunat membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk dan jika berhadas besar, wajib mengangkatnya terlebih dahulu. Haram menyentuh al-Quran dalam keadaan hadas besar atau kecil.
- Membaca ditempat yang bersih dan suci serta tidak membacanya di kawasan yang kotor atau dipenuhi dengan najis.
- Afdhal membaca al-Quran dalam keadaan menghadap kiblat dan berwuduk. Namun, membaca tanpa menghadap kiblat atau sambil berdiri atau berbaring tetap mendapat pahala.
- Seseorang disunatkan membaca perlindungan dari syaitan sebelum membaca al-Quran.
- Jika ketika membaca al-Quran terdapat sesuatu yang menganggu bacaan seperti bersin atau menguap, maka individu disarankan berhenti membaca terlebih dahulu dan selesaikan ‘gangguan’ tersebut.
- Jika terdapat keinginan untuk berhenti membaca al-Quran, berhentilah di tempat yang dibenarkan seperti waqaf atau tanda berhenti.
- Membaca al-Quran dalam keadaan menutup aurat.
- Membaca bukan kerana tujuan lain sebaliknya untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Adab-Adab Membaca Al-Quran Al-Quran adalah kalam Allah yang mempunyai adab-adab tersendiri bagi orang yang hendak…
Posted by Ustaz Azhar Idrus on Tuesday 24 October 2017
Baca Artikel Berkaitan: Tak Menutup Aurat Ketika Baca Al-Quran? Ini Hukum & Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Perlu Berwuduk Ketika Pegang Al-Quran Walaupun Berlapik [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Baca Al-Quran Tanpa Pakai Tudung? Ini Penjelasannya
Source:



![Betul Ke Gaya Hidup Jadi Punca Kita Dapat Sakit GERD? Ini Penjelasan Doktor Pakar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)