Influencer Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Yang Nyaris Tergelincir Di Indonesia [Video]

LocalTravel
30 Jun 2025 • 10:57 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman memaparkan sebuah pesawat yang dilihat mendarat di landasan dalam keadaan mengiring dan hampir tergelincir sewaktu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hantta, Tangerang, Baten.

Menurut laporan Kompas TV, ketika pesawat milik Batik Air itu mendarat keadaan cuaca sedang hujan lebat dan angin kencang.

Jelas Strategik Komunikasi Korporat Batik Air, Danang Mandala Prihantoro pesawat dengan nombor pendaftaran PK-LDJ itu tidak tergelincir dan melakukan pendaratan dengan baik serta mengikut prosedur operasi standard penerbangan.

Katanya lagi, kelajuan angin dari sisi sewaktu pesawat itu menghampiri landasan merupakan salah satu faktor insiden terbabit berlaku namun ia tidak melebihi had laju yang dibenarkan. Sebaik mendarat pihak teknikal segera melakukan pemeriksaan dan tiada sebarang kerosakan dilaporkan pada pesawat.

Influencer wanita kongsi detik cemas ketika berada dalam pesawat

Terbaharu influencer dikenali sebagai Keyna Azami yang juga salah seorang penumpang pesawat berkenaan telah berkongsi detik cemas sewaktu insiden itu berlaku.

Menerusi video yang dikongsikan Keyna di TikTok, awalnya dia tidak menyangka dirinya terselamat selepas insiden tersebut berlaku.

“Saya tak sangka saya masih ada di sini masih hidup. Ya, saya adalah salah seorang warganegara Malaysia yang dalam Batik Air semalam (28 Jun). Saya ke Jakarta untuk kerja sekejap sahaja, beberapa jam sahaja di Jakarta dan malam tu saya ambil penerbangan balik semula ke Malaysia.

“Kiranya satu hari sahaja. Saya tak sangka saya masih hidup sebab keadaan di dalam pesawat sangat teruk. Saya tak sangka Allah SWT nak pilih saya,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Sifatkan keadaan teruk sewaktu ingin mendarat dan hanya memikirkan tentang kematian

Menurut Keyna, sewaktu insiden berlaku keadaan di dalam pesawat sangat kucar-kacir dan para penumpang hanya memikirkan kematian.

Awalnya pesawat terbang dalam keadaan yang baik namun sewaktu ingin mendarat dan sebaik kapten memaklumkan ‘bersedia untuk mendarat,’ berlaku angin kencang (turbulence).

“Dekat nak sampai 20 minit lagi, kita orang dah menjerit sebab ini pertama kali Keyna lalui ‘turbulence’ yang macam ni (sambil menunjukkan tangan pesawat seperti jatuh ke bawah). Sebelum ni Keyna naik pesawat dia akan gegar macam ni sahaja.

“Itu Keyna tak kisah sebab dah banyak kali melalui pengalaman itu, dan dekat atas kita orang macam ni, kita orang menjunam macam tu,” jelasnya.

Kapal terbang bergegar ketika ingin mendarat, saling berpengangan tangan dengan penumpang lain

Kongsi Keyna lagi sewaktu hampir sampai ke destinasi kapten sememangnya ada memaklumkan mengenai cuaca buruk dan memaklumkan kapal terbang itu bergegar sewaktu ingin mendarat.

“Masa nak mendarat kita orang bergegar macam ni, dan bila tayar menyentuh laluannya ketika mendarat memang kita orang rasa terbalik macam ni. Saya dan penumpang yang tak dikenali memang berpegangan tangan serta semua beristighfar.

“Memang kuat gila beristighfar, ya Allah, Astaghfirullah (ulangnya tiga kali). Saya fikir saya akan mati. Masa landing (mendarat) tu saya fikir, saya ada anak kecil bayi. Saya kata dekat tuhan, ya Allah jangan tarik aku (cabut nyawa). Kalau kau nak tarik aku, tolonglah tarik aku lepas anak aku dah besar.

“Sebab saya ada tanggungjawab untuk bagi anak saya, supaya anak saya ada rezeki untuk dapat susu badan sampai dua tahun. Sebab niat saya masa lahirkan dia (bayi) saya nak susukan sampai dua tahun.

“Jadi masa mendarat tu kalau mati, kalau anak aku tak dapat susu badan aku. Itu saya fikir anak sahaja,” katanya sambil menangis.

Tambahnya insiden yang dilaluinya itu membuatkan dia trauma dan itu adalah kali pertama dia menaiki pesawat Batik Air Indonesia.

Di ruang kapsyen Keyna turut menyifatkan Allah SWT masih memberikannya peluang hidup dan ia mungkin untuk dia memperbaiki dirinya lagi.

@keynaaa_azami

Dari dekat atas mmg dh takut. Allah masih bg sy peluang untuk hidup mungkin untuk saya perbaiki diri saya lagi. Allahuakbar

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Ramai sebak apabila influencer memikirkan mengenai anak yang masih bayi

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa sedih dan menangis apabila mendengar perkongsian Keyna khususnya ketika dia memaklumkan hanya memikirkan mengenai anak.

Ada juga yang berkongsi mereka juga pernah berdepan dengan pengalaman sama dan perkara itu membuatkan mereka takut.

Tidak kurang ada juga mengucapkan kata syukur dan ada segelintir yang memuji kecekapan juruterbang (pilot) kerana berjaya mengawal keadaan serta mendarat dengan selamat.

“Semua penumpang ucapkan terima kasih pada pilot. Bukan mudah untuk kawal kapal terbang nak tempuh keadaan dengan cuaca yang teruk”

image is not available

“MasyaAllah, saya pernah rasa dik. Rasa macam terkeluar jantung dan ayat-ayat terakhir pilot ‘kita dalam keadaan kecemasan dan darurat, sila pegang dengan agama masing-masing’.”

image is not available

“Pernah kena sekali turbulence, zap turun. Sampai sekarang fobia tapi terpaksa sebab suami kerja Sarawak tak ada jalan lain dah”

image is not available

Source: