Influencer TikTok Tak Puas Hati Anak Kena Tenung Sebab Meragam Di Kedai Makan

21 Feb 2023 • 2:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
influencer tiktok

Menerusi satu perkongsian video, seorang influencer TikTok mencadangkan sesiapa yang tak selesa dengan suara bising budak-budak supaya bungkus je makanan dan makan di rumah.

Difahamkan, Cikgu Ayu berkata demikian selepas anaknya menerima renungan tajam pelanggan lain gara-gara meragam di kedai makan.

Pengalaman itu dirasainya ketika mereka sekeluarga dipercayai sedang bercuti di utara tanah air.

Influencer TikTok cadang bungkus makan di rumah kalau tak selesa

Kata Cikgu Ayu lagi, biasalah budak-budak bila mereka tak selesa mereka akan mula buat perangai sampai ada yang menangis. Tapi, pelanggan yang lain tak perlulah bagi pandangan serong.

Namun, pendapat influencer ini mendapat reaksi kurang senang netizen. Ada yang mencadangkan solusi sebaliknya iaitu ibu bapa yang mempunyai anak kecil sepatutnya makan di rumah dan tak mengganggu ketenteraman orang lain.

Pelanggan ada hak rasai suasana tenang

Iyalah, sebagai pelanggan masing-masing mempunyai hak dan ada antara pelanggan mengharapkan ibu bapa bertindak menenangkan anak daripada menangis.

image is not available

Apa pendapat korang pula?

Kredit: TikTok Cikgu Ayu Empire

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.