Infrastruktur AI perlu disokong asas data kukuh

TechnologyBusiness & Finance
22 Oct 2026 • 6:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Infrastruktur AI perlu disokong asas data kukuh

PETALING JAYA – Lebih 90 peratus responden di Malaysia mengakui kepentingan infrastruktur sedia kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan aliran kerja dan produktiviti, namun aspek keselamatan serta privasi data masih menjadi cabaran utama.

Tinjauan Synology, syarikat teknologi yang menyediakan penyelesaian pengurusan data, storan, sandaran dan keselamatan siber untuk perniagaan serta organisasi turut mendapati 70 peratus responden Malaysia menyenaraikan keselamatan dan privasi data sebagai cabaran terbesar dalam penggunaan AI.

Ini diikuti kualiti dan ketersediaan data sebanyak 42 peratus, serta data yang berpecah atau berselerak sebanyak 40 peratus.

Ketua Synology Asia Tenggara, Antoine Yang berkata, AI hanya mampu memberi nilai kepada perniagaan apabila teknologi itu membantu pekerja menjalankan tugas dengan lebih baik dan membolehkan syarikat bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap keperluan pelanggan.

“AI mencipta nilai apabila ia membantu manusia melakukan kerja dengan lebih baik dan membolehkan perniagaan bertindak balas dengan lebih berkesan kepada pelanggan.

“Fokus kami adalah membantu organisasi mengekalkan manfaat tersebut apabila penggunaan AI berkembang, dengan data yang boleh dipercayai serta laluan pemulihan yang kukuh sekiranya berlaku gangguan,” katanya pada Acara Media Tahunan Synology 2026, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Image from: Infrastruktur AI perlu disokong asas data kukuh
Antoine Yang melakukan pembentangan berhubung penggunaan AI dan keselamatan data buat perniagaan.

Menurut Synology, asas data yang kukuh penting bagi memastikan AI dapat digunakan secara meluas dalam operasi perniagaan tanpa menjejaskan keselamatan dan kawalan terhadap maklumat syarikat.

Kajian itu turut mendapati kira-kira 68.6 peratus responden Malaysia mengutamakan infrastruktur hibrid atau di premis, berbanding hanya 12.5 peratus yang memilih infrastruktur awan awam, menunjukkan keperluan syarikat untuk mengekalkan kawalan lebih besar terhadap data penting ketika mereka memperluas penggunaan AI dalam operasi.

Selain itu, hampir 40 peratus responden Malaysia tidak mempunyai gambaran jelas mengenai cara data mereka dikendalikan apabila dimasukkan ke dalam peralatan AI pihak ketiga.

Dalam pada itu, Pengurus Negara Synology Malaysia, Jason Sin berkata, walaupun 74 peratus responden yakin organisasi mereka mampu pulih dengan pantas daripada serangan ransomware sambil melindungi data sandaran, hanya 26.4 peratus sangat yakin terhadap keupayaan tersebut.

Jurang itu menunjukkan tahap keyakinan terhadap pemulihan data masih belum kukuh, sekali gus menjadikan daya tahan siber aspek penting dalam strategi AI syarikat.

“Apabila perniagaan mengembangkan infrastruktur data, mereka juga perlu yakin bahawa perkhidmatan penting dapat dipulihkan dengan segera sekiranya berlaku gangguan,” katanya.

Bagi menyokong keperluan keperluan kepada kawalan dan tadbir urus, Synology memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu infrastruktur data berskala, daya tahan siber serta penggunaan AI secara produktif dengan kawalan lebih baik terhadap data perniagaan.

Antara penyelesaian baharu yang diperkenalkan tahun ini ialah PAS7700, iaitu penyelesaian storan SSD NVMe pertama Synology yang direka untuk beban kerja kritikal, selain siri FS dan RS generasi baharu yang menawarkan peningkatan prestasi.

Synology turut memperkukuh aspek keselamatan melalui peralatan ActiveProtect yang menggabungkan infrastruktur sandaran khusus, pengurusan berpusat, perlindungan data yang tidak boleh diubah, serta pengasingan automatik bagi membantu melindungi salinan pemulihan sekiranya sistem utama terjejas.

Dalam aspek AI di tempat kerja pula, Synology Office Suite menawarkan kemudahan kolaborasi di premis dengan bantuan AI bagi menyemak dokumen, menghasilkan kandungan pembentangan dan mencari formula hamparan.

Sementara itu, Synology ChatPlus dan Meet melengkapkan fungsi kolaborasi melalui pemesejan pasukan dan mesyuarat dalam talian, manakala penyelesaian keselamatan fizikal DVA7400 yang dilancarkan tahun ini menggunakan AI bagi membantu mengesan serta mencari insiden dengan lebih efektif.

Pada acara sama, Synology turut memperlihatkan penyelesaian storan berskala besar dan sistem pengawasan hibrid mereka yang akan datang, bertujuan membantu perusahaan mengembangkan infrastruktur mereka seiring dengan peningkatan jumlah data dan keperluan operasi. – KOSMO! ONLINE

 

 

The post Infrastruktur AI perlu disokong asas data kukuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved