“Ingat Dorang Naik Kapal Pergi Jalan Jalan Macam Kau Ke? Bod*h Simpan Sikit” – Nadzmi Adhwa

LocalPolitics
4 Oct 2025 • 8:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Nadzmi Adhwa mengkritik segelintir individu yang sebelum ini mempertikaikan perjuangan aktivis wanita yang berlayar menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi Threads, Nadzmi berkata kepada sesetengah pihak yang mempersoalkan hal itu bahawa lebih elok jika semua bersatu mendoakan yang baik-baik sahaja.

Awak boleh berkata apa apa sahaja sebab bukan keluarga awak yang ada dalam perjuangan itu.

image is not available

Aktor tersebut turut membuat hantaran yang berbeza dengan memberi respont terhadap mereka yang mempersoalkan tentang aktivis wanita berada dalam satu kapal dengan ajnabi.

Dunia begitu puji rakyat Malaysia yang berada atas kapal bagaimana mereka sangat menjaga solat dan menjaga aurat mereka. Yang tak naik Kapal kat sini pulak macam tahu sangat apa jadi dalam kapal tu.

Terdahulu, seorang pereka fesyen terkenal dikecam masyarakat selepas dia mempertikaikan tentang keputusan aktivis wanita menyertai misi kemanusiaan terbabit.

Nadzmi yang dipercayai memberi respon kepada individu terbabit berkata doa adalah apa yang paling diperlukan oleh semua aktivis yang menyertai GSF untuk mengiringi perjalanan dan memberikan mereka kekuatan.

Ingat diorang naik kapal tu pergi jenjalan macam kau ke? Bodoh simpan sikit.

image is not available

image is not available 2025-10-03 15:40:51

PU Amin Jelaskan Isu Wanita Sertai Misi Gaza Tanpa Mahram - "Ada Ibu Di G*za Yang Nak Berpelukan & Luah Perasaan"