“Ingat Ni ‘Photo Shoot’ Ke? Terpaling Konservasi” – 9 Tahun Tak Naik Darat, Individu Suluh Lampu Dekat Penyu Belimbing Undang Kecaman

Environment
22 Sep 2026 • 12:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kehadiran semula penyu belimbing di perairan Terengganu selepas hampir sembilan tahun mencetuskan keterujaan dalam kalangan orang ramai, namun dalam masa sama timbul teguran supaya haiwan berkenaan tidak diganggu ketika naik ke pantai untuk bertelur.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, dia meluahkan rasa kesal selepas melihat orang ramai menggunakan cahaya yang terang dan berkumpul terlalu dekat dengan penyu belimbing ketika proses berkenaan.

Advertisement

penyu

“Penyu tengah cari tempat nak bertelur, tapi nampaknya kita ingat dia datang untuk photoshoot. Konon konservasi.”

Dalam hantaran sama, pengguna berkenaan mengingatkan bahawa penyu belimbing tersebut kembali ke Terengganu selepas kira-kira sembilan tahun, justeru orang ramai sepatutnya memberikan ruang dan mengurangkan gangguan.

“9 tahun tunggu Penyu Belimbing kembali ke Malaysia. Akhirnya dia datang balik… terus kita suluh WHITE LIGHT dekat dia.”

Dia turut mempersoalkan penggunaan cahaya serta bunyi bising ketika penyu berkenaan cuba mencari lokasi sesuai untuk bertelur.

penyu Image from: “Ingat Ni ‘Photo Shoot’ Ke? Terpaling Konservasi” – 9 Tahun Tak Naik Darat, Individu Suluh Lampu Dekat Penyu Belimbing Undang Kecaman

Perkara itu turut mendapat perhatian selepas beberapa gambar penyu belimbing yang sedang berada di pantai dikongsikan pengguna media sosial.

Penyu belimbing kembali selepas hampir sedekad

Untuk rekod, penyu belimbing (Dermochelys coriacea) kembali dikesan mendarat dan bertelur di Terengganu pada awal September selepas kali terakhir direkodkan pada 2017. Pada 1 September, sebanyak 44 biji telur ditemui di Pantai Pasir Putih, Marang sebelum dipindahkan ke pusat penetasan di Rantau Abang.

Kemudian pada 13 September, seekor lagi penyu belimbing dikesan mendarat di Pantai Rantau Abang dan menghasilkan 81 biji telur. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu tidak menolak kemungkinan ia merupakan induk yang sama yang bertelur di Marang kira-kira dua minggu sebelumnya.

Jabatan Perikanan turut meminta orang ramai mengelakkan gangguan terhadap penyu yang naik bertelur, termasuk meminimumkan penggunaan cahaya serta bunyi bising.

Kerajaan Terengganu sebelum ini juga meminta pengusaha pelancongan dan pemilik premis di sekitar Pantai Rantau Abang mengurangkan pencahayaan bagi mengelakkan gangguan terhadap penyu belimbing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

teater2026-09-19 09:44:25

Video Teater Didakwa Persenda Rukun Negara Tular, PDRM & MCMC Digesa Jalankan Siasatan

The post “Ingat Ni ‘Photo Shoot’ Ke? Terpaling Konservasi” – 9 Tahun Tak Naik Darat, Individu Suluh Lampu Dekat Penyu Belimbing Undang Kecaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved