Penyu Belimbing Bertelur Lagi Di Pantai Terengganu, 70 Biji Telur Ditemui

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 10:35 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penyu Belimbing Bertelur Lagi Di Pantai Terengganu, 70 Biji Telur Ditemui

Pantai di Terengganu sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas seekor penyu belimbing dikesan kembali bertelur pada awal pagi Selasa.

Jabatan Perikanan Negeri Terengganu memaklumkan penyu berkenaan mendarat di Pantai Kuala Abang sekitar jam 2 pagi sebelum bertelur sebanyak 70 biji.

Image from: Penyu Belimbing Bertelur Lagi Di Pantai Terengganu, 70 Biji Telur Ditemui
Kredit: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu

"Sekali lagi kita digemparkan dengan penemuan Raja Penyu yang kembali bertelur di pantai di Terengganu.

"Lebih menarik pada kali ini, kakitangan Pejabat Negeri Terengganu, Mohd Saipulmizam Hamzah dan pemajak telur kawasan Rantau Abang (ZON B) Mohd Salleh bukan sekadar melihat jejak dan telur penyu.

"Tetapi turut dapat menyaksikan si ibu penyu bertelur sebelum kembali semula merentas samudera," katanya.

Penyu Belimbing Bertelur Lagi

Menurut jabatan itu, keseluruhan telur telah dipindahkan dan ditanam di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang untuk proses pengeraman.

Baca juga:

Penyu tersebut kembali ke laut secara selamat pada jam 6 pagi usai bertelur.

"Ibu penyu ini berkemungkinan penyu yang sama mendarat pada 1 dan 13 September yang lalu.

"Kemungkinan juga, ini bukanlah pendaratan terakhir bagi sang penyu kerana seekor ibu penyu boleh melepaskan telur sebanyak 5 kali sepanjang proses bertelur," katanya.

Image from: Penyu Belimbing Bertelur Lagi Di Pantai Terengganu, 70 Biji Telur Ditemui
Kredit: Jabatan Perikanan Negeri Terengganu

Sementara itu, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Pang Anak Nyukang menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga perikanan yang terlibat.

Ia termasuk WWF Malaysia, Geng Plastik Ija serta NGO-NGO yang selama ini menyokong aktiviti konservasi pihak Jabatan Perikanan Malaysia dalam usaha pemuliharaan Pantai Dan kelastarian penyu di Terengganu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved