Penyu belimbing bertelur di pantai Terengganu buat kali ketiga

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 8:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyu belimbing bertelur di pantai Terengganu buat kali ketiga

DUNGUN – Pantai Terengganu kembali menjadi tumpuan penyu belimbing untuk bertelur apabila seekor reptilia spesies tersebut mendarat untuk bertelur di Pantai Kuala Abang, di sini, awal pagi ini.

Induk penyu belimbing yang digelar Raja Penyu tersebut dikesan mula mendarat di pesisir pantai tersebut pada pukul 2 pagi sebelum selesai bertelur sepenuhnya kira-kira tiga jam setengah kemudian.

Ia pendaratan ketiga penyu belimbing dalam tempoh 23 hari di pantai Terengganu setelah sembilan tahun menghilang.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Pang Nyukang berkata, pendaratan penyu belimbing kali ini menghasilkan 70 biji telur.

“Ibu penyu belimbing tersebut dikesan mendarat oleh seorang pemajak yang sedang mengadakan rondaan di Pantai Kuala Abang pada pukul 2 pagi tadi.

“Selepas bertelur sebanyak 70 biji, reptilia itu kembali semula ke laut pada pukul 5.30 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pang berkata, induk penyu belimbing yang ditemui pemajak terbabit berukuran 2.15 meter panjang dan 1.15 meter lebar.

Beliau percaya penyu belimbing betina itu merupakan reptilia sama yang bertelur di Pantai Pasir Putih, Marang dan Pantai Rantau Abang, di sini masing-masing pada 1 September dan 13 September lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Penyu belimbing bertelur di pantai Terengganu buat kali ketiga appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved