Ingatkan Beli Laici, Rupanya Dapat Rambutan Yang Dibotakkan

7 Feb 2026 • 9:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Seorang wanita meluahkan kekecewaannya di media sosial selepas mendakwa menerima buah rambutan yang telah dicukur atau “dibotakkan”, sedangkan dia sebenarnya membeli buah laici.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara jiran kita, Indonesia.

@indozone.id

Siapa nih yang pernah jadi korban juga? Seorang wanita membagikan curhatannya ketika terkena scam penjual yang mengaku menjajakan buah leci. Jika dilihat sekilas, memang begitu menyakinkan kalua itu adalah buah leci. Tapi setelah melihat isi dan mencoba buah yang dibeli 2 ikat seharga Rp50 ribu, dirinya baru menyadari jika buah tersebut adalah rambutan. Warganet yang menyaksikan pun ngakak berjamaah, apalagi yang pernah ngalamin kejadian serupa. Video: TikTok/fitriizalfaxena [Baca berita dan informasi menarik lainnya hanya di www.indozone.id]

Menurut video yang dikongsi wanita berkenaan, dia pada mulanya membeli dua ikat buah yang disangka laici daripada seorang penjual kerana rupa luaran buah tersebut menyerupai laici.

Bagaimanapun, sebaik sahaja buah itu dikupas, dia menyedari telah menjadi mangsa penipuan apabila mendapati buah berkenaan bukan laici, sebaliknya rambutan.

Luaran buah rambutan itu kelihatan seakan laici kerana dipercayai penjual terbabit telah mencukur bahagian kulit rambutan berkenaan sehingga kelihatan licin atau “botak”.

Sumber: TikTok indozone.id

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.