“Ingatkan Dia Accident..” – ‘Location’ Suami Terhenti 1 Jam Punca Isteri Bergegas Pergi Ke Klinik Kesihatan

27 Sep 2025 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan sejak beberapa hari yang lalu, tular video-video memaparkan seorang lelaki bergelar suami menemani skandal di sebuah klinik kesihatan di Kajang yang berjaya dirakam oleh isterinya.

Aplikasi location terhenti di KK selama satu jam

Susulan perbuatan curang suami kini sedang menjadi bualan ramai, wanita bernama Iffah itu menceritakan semula detik permulaan dirinya menemukan dua individu tersebut di klinik terbabit.

Melalui pendedahan Iffah, aplikasi location yang terdapat di telefon suami secara tiba-tiba berhenti di titik lokasi Klinik Kesihatan berkenaan untuk tempoh yang agak lama.

image is not available

image is not available

Disangkakan lelaki itu terlibat dalam insiden jalan raya, sudah semestinya sebagai isteri dia bergegas menuju ke lokasi berkenaan.

Tak sangka rupanya suami curang, tak balik rumah..

Bagaimanapun, siapa sangka kerisauan memikirkan suami terlibat dalam kemalangan rupanya bertukar kepada rasa kecewa yang amat mendalam selepas mengetahui suami berlaku curang.

image is not available

 

Difahamkan juga, selepas mereka bertiga berlaga mulut, suami tidak pulang ke rumah, sebaliknya memilih untuk mengikuti skandalnya.

image is not available 2025-09-26 16:15:37

"Tak Cium Bau Syurga Tampar Muka Suami Selagi Tak Dimaafkan" - Individu Bersuara Isu Isteri 'Tangkap' Suami Curang Di Klinik Kesihatan