Ingatkan Pemilik Syarikat Tapi Hanya Peniaga, Lelaki Reda Bakal Ibu Mentua Batal Nikah

13 Oct 2025 • 12:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Ingatkan Pemilik Syarikat Tapi Hanya Peniaga, Lelaki Reda Bakal Ibu Mentua Batal Nikah

Cinta yang dibina dengan penuh harapan kadang-kala tak kesampaian, apatah lagi bila restu keluarga mula goyah. Itulah yang dialami seorang lelaki bernama Khaled Hassan, apabila hasratnya untuk mendirikan rumah tangga terhenti di tengah jalan gara-gara pandangan serong terhadap kerjayanya sebagai peniaga kecil.

image is not available

Segalanya bermula indah majlis pertunangan berlangsung dengan penuh senyuman dan penerimaan baik daripada keluarga perempuan. Khaled menyangka langkah menuju alam perkahwinan bakal berjalan lancar.

Namun, segalanya berubah apabila bakal ibu mentua mula mengetahui pekerjaan sebenar Khaled yang hanya berniaga sendiri.

image is not available

“Kau war-warkan dekat aku yang kononnya kau CEO lah, bos lah, tak ke mana peniaga macam kau,” kata bakal ibu mentuanya.

Lebih memilukan, bakal ibu mentuanya turut mempersoalkan masa depan anaknya jika bersama Khaled.

“Anak aku boleh cari yang kerja kerajaan. Kerja macam kau takde pencen, takde masa depan.” ujarnya.

Menurut Khaled dia bukanlah penganggur atau tidak berusaha, sebaliknya dia gigih berniaga di merata tempat demi mencari rezeki halal.

Namun usahanya itu seolah-olah tidak cukup di mata keluarga peremuan yang lebih mengutamakan status dan kerjaya tetap.

image is not available

“Saya hampir settle semua urusan nikah, banyak juga dah saya laburkan. Tapi bila dengar kata-kata tu, saya terdiam. Tak sangka sebab kerja pun boleh batalkan jodoh,” luahnya.

Walaupun cuba memujuk dan meyakinkan bahawa dia mampu menyara isterinya, Khaled akhirnya terpaksa menerima hakikat pahit bahawa keputusan muktamad telah dibuat, perkahwinan itu dibatalkan.

Sumber: Instagram @khaledhassanz_