“Ingatkan Saiful Apek Tadi” – Netizen Risau Tengok Tuju K-Clique Makin Kurus

Music
25 Oct 2022 • 3:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu Tuju kembali menjadi tumpuan orang ramai apabila video memaparkan penampilan terbaharunya tular di media sosial TikTok.

Menerusi video tersebut, Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri dilihat singgah membeli makanan di Langit Cheese Burger.

Malah, suami kepada penyanyi rap Loca B itu turut sempat melayan peminat dengan menyanyikan lagu kumpulannya bertajuk Mimpi.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila melihat tubuh badan Tuju yang dikatakan kelihatan semakin susut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat penampilannya berubah secara drastik sehingga menafikan itu bukanlah Tuju sebaliknya pelawak, Saiful Apek.

Dalam pada itu, ada juga segelintir peminat yang mendoakan kesihatan penyanyi berusia 26 tahun itu.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Walaupun Free Kena Ada Kualiti" - Beri Penjelasan Isu Jurugambar Bizmilla, Netizen 'Tempelak' Mila Jirin