Ingin berdikari punca Dhia Zahraaxavieta Neelopher keluar rumah 

8 Aug 2026 • 3:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ingin berdikari punca Dhia Zahraaxavieta Neelopher keluar rumah 

AMPANG JAYA – Ingin berdikari dipercayai menjadi punca seorang remaja perempuan berusia 14 tahun keluar dari rumahnya di Pangsapuri Sri Mayang, Pandan Indah Komersil Park, di sini, sebelum dilaporkan hilang sejak Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, remaja itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat hari ini susulan hebahan yang dibuat kepada orang ramai.  

“Remaja berkenaan ditemui kira-kira pukul 11.15 pagi di kawasan Permai Court 2, Ampang oleh pasukan peronda polis (MPV),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sebelum ini, polis menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sekitar pukul 8.34 malam, semalam. 

Kehilangan remaja dikenali sebagai Dhia Zahraaxavieta Neelopher Harisman itu disedari kira-kira pukul 10 malam pada 2 Ogos lalu selepas didapati tiada di rumah. – KOSMO! ONLINE

The post Ingin berdikari punca Dhia Zahraaxavieta Neelopher keluar rumah  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved