Remaja ingin berdikari punca lari rumah

LocalFamily & Parenting
8 Aug 2026 • 5:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Remaja ingin berdikari punca lari rumah

PETALING JAYA: Remaja berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak 2 Ogos lalu dipercayai ingin berdikari. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, Dhia Zahraaxavieta Neelopher ditemukan selamat oleh unit kereta peronda (MPV) di Permai Court, di sini.

“Orang Hilang (OH) ditemukan pada 11.15 pagi tadi. Remaja berkenaan memberi alasan mahu berdikari menjadi punca dia meninggal rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis memohon bantuan awam bagi mengesan yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 2 Ogos.

Khairul Anuar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit kira-kira pukul 8.34 malam, semalam.

Menurutnya, kehilangan Dhia Zahraaxavieta Neelopher disedari keluarganya pada 2 Ogos lalu kira-kira pukul 10 malam selepas mendapati mangsa tiada di rumah.

“Usaha mencari mangsa yang dilakukan pihak keluarga bagaimanapun tidak berhasil sebelum laporan polis dibuat.

“Dhia Zahraaxavieta Neelopher kali terakhir dilihat memakai baju berwarna biru dan seluar berwarna kelabu,” katanya.- UTUSAN

 

The post Remaja ingin berdikari punca lari rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved