Ini 6 Penghargaan Buat Rakyat Malaysia Yang Diumumkan PMX Sebentar Tadi

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan beberapa insiatif penting sebagai tanda penghargaan Kerajaan MADANI kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan kesetiaan serta kebersamaan rakyat dalam memberikan tenaga untuk agenda pemulihan dan reformasi negara.

Antara perkara yang diumumkan PMX sebentar tadi yang menarik perhatian ramai:

1. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan diberikan secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos. Buat pertama kalinya dalam sejarah, bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa.

image is not available

2. Hari kelepasan am tambahan pada 15 September 2025

Hari kelepasan am tambahan diberikan pada hari Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa.

image is not available

3. Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta

Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga.

image is not available

4. Harga tol kekal

Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan.

image is not available

5. Harga petrol RON95 diturunkan

Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia. Menurut PMX, bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun meskipun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan. Harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.

image is not available

6. Bil elektrik turun

Mulai bulan ini, sebanyak 85 peratus pengguna menikmati penurunan bil elektrik, ia dijangka sehingga 14 peratus lebih rendah hasil penstrukturan tarif elektrik.

image is not available

Harap pengumuman yang disampaikan PMX kali ini memberi manfaat buat semua.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.