Percutian Bertaraf 5 Bintang Di Kuching, Nikmati Pengalaman Istimewa Di Damai Lagoon Resort

22 Oct 2023 • 1:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Resort mewah bertaraf 5 bintang di Santubong Kuching, Damai Lagoon.

Percutian Bertaraf 5 Bintang Di Kuching, Nikmati Pengalaman Istimewa Di Damai Lagoon Resort. Untuk anda di luar sana yang ingin merancang percutian mewah di Kuching, anda perlu letakkan Damai Lagoon Resort, Santubong di dalam checklist anda!

Menyediakan fasiliti resort bertaraf 5 bintang dengan suasana yang tenang, Damai Lagoon adalah destinasi yang amat sesuai bagi yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar.

image is not available
Percutian Bertaraf 5 Bintang Di Kuching, Nikmati Pengalaman Istimewa Di Damai Lagoon Resort. Kredit gambar: Agoda

image is not available
Kredit gambar: Agoda

Tempat percutian menarik baru di Kuching

Baru sahaja dibuka pada Mei 2023, resort ini merupakan salah satu tempat percutian menarik baharu di Kuching. Terletak di lokasi yang amat strategik iaitu di Santubong, Damai Lagoon ini dikelilingi hutan yang menghijau serta pantai dan lautan yang indah.

Resort 5 bintang ini dilengkapi dengan kolam renang yang luas, bilik yang amat selesa, gym, restoran makan mewah yang menyajikan sajian enak dan terdapat juga aktiviti menarik seperti ATV night ride secara percuma!

image is not available
Kredit gambar: Agoda

image is not available
Kredit gambar: Agoda

image is not available
Kredit gambar: Agoda

Di sini juga amat sesuai untuk melihat sunrise serta sunset bersama orang tersayang dan anda juga boleh bersuka ria di pantai Santubong sambil berenang di lautan yang luas di sini.

image is not available
Kredit gambar: Agoda

Sesuai dijadikan destinasi Honeymoon

Percutian di Damai Lagoon Resort pasti akan membuat anda berasa puas hati dan jatuh cinta dengan keindahan alam semula jadi di Kuching.

Sesuai untuk dijadikan destinasi Honeymoon, percutian bersama keluarga dan juga rakan-rakan, anda perlu rancang percutian mewah anda di Damai Lagoon Resort, Santubong ini!

Lagi tempat percutian mewah di Kuching untuk anda:

https://www.iloveborneo.my/tak-perlu-pergi-jauh-nikmati-percutian-indah-dan-eksklusif-di-cove-55-santubong/

https://www.iloveborneo.my/dah-boleh-book-bilik-sheraton-hotel-kuching-kini-dibuka-untuk-tempahan/