“Ini Adalah Kes Terpencil” – Syarikat Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat Dalam Isu ‘Data Leak’ Khairul Aming

LocalTechnology
21 Jul 2026 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Syarikat telekomunikasi, Maxis tampil memohon maaf susulan insiden penularan maklumat bil telefon peribadi milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Maxis memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan kejadian tersebut dan kini sedang mengambil tindakan segera, termasuk dari sudut undang-undang.

Advertisement

Menurut Maxis, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu merupakan insiden terpencil yang melibatkan akses tanpa kebenaran. Pihaknya turut mengesahkan tiada petunjuk bahawa pelanggan lain terjejas dalam skala lebih meluas.

“Kami sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial malam tadi berkenaan butiran akaun seorang pelanggan Maxis.”

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.”

H

“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut. Kami telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.”

Terdahulu, tular satu hantaran oleh seorang individu yang mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil sebanyak RM498, selain mendakwa talian telefonnya telah disekat susulan bayaran tidak mencukupi.

Individu sama turut mendakwa wang pendahuluan berjumlah RM2,000 yang dibayar Khairul Aming bagi menampung penggunaan beberapa bulan tidak mencukupi kerana terdapat pembelian digital tambahan melebihi RM400.

Susulan kejadian itu, Khairul Aming menuntut penjelasan daripada syarikat telekomunikasi berkenaan selepas mendakwa maklumat bil telefon peribadinya telah dibocorkan dan disebarkan oleh seorang individu di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Ini Adalah Kes Terpencil” – Syarikat Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat Dalam Isu ‘Data Leak’ Khairul Aming2026-07-21 15:29:26

Pengantin Minta Jurugambar Bayar Ganti Rugi Gara-Gara Makan Lauk Kenduri, Lelaki Ini Buat Permohonan Maaf - "Dah 'Bank In' RM500"

The post “Ini Adalah Kes Terpencil” – Syarikat Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat Dalam Isu ‘Data Leak’ Khairul Aming first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved