Isu Bil Telefon Khairul Aming Bocor: Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat

LocalTechnology
21 Jul 2026 • 1:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular di Threads mengenai hantaran seorang pengguna wanita mendakwa influencer dan usahawan, Khairul Aming mempunyai tunggakan bil telefon berjumlah RM498.

Maxis tampil mohon maaf dan siasat mengenai isu tular

Terbaharu, Maxis tampil membuat permohonan maaf dan memaklumkan sedang melakukan siasatan berhubung isu yang tular di media sosial mengenai butiran akaun seorang pelanggannya.

Menurut syarikat telekomunikasi tersebut, semua akses kepada akaun pelanggannya direkodkan dan dipantau sepenuhnya.

Maxis berkata pihaknya akan menghubungi pelanggan tersebut berhubung perkara itu.

Insiden terpencil melibatkan tindakan kebenaran

“Kami sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial malam tadi berkenaan butiran akaun seorang pelanggan Maxis.

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut,” jelasnya.

Maxis kenal pasti individu terlibat dan tindakan segera dan undang-undang sedang diambil

Menurut Maxis lagi, pihaknya juga sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden terbabit dan tindakan segera sedang diambil termasuklah tindakan undang-undnag.

“Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi.”

MCMC siasat mengenai kebocoran data peribadi Khairul Aming

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga bakal mendapatkan laporan penuh berhubung perkara itu ekoran kebimbangan wujud akses tanpa kebenaran ke atas sistem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.

Jelas Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil MCMC memandang serius berhubung isu tersebut. Ini kerana aduan usahawan berkenaan secara tidak langsung memberikan gambaran ada individu atau pihak tidak sepatutnya mempunyai akses ke atas maklumat peribadi pelanggan dan inventori atau sistem milik syarikat telekomunikasi berkenaan.

“Saya sudah bertemu wakil syarikat telekomunikasi itu dan mereka memaklumkan sedang menghubungi saudara Khairul Aming.

“Saya juga akan meminta MCMC mendapatkan laporan penuh mengenai perkara ini,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Wanita dedah KA ada bil tertunggak RM498 di Threads

Terdahulu wanita tersebut turut mempersoal adakah Khairul Aming menyedari mengenai tunggakan terbabit.

“Teringin nak bagitahu Khairul Aming (KA), beliau ada tunggakan bil RM498. Agak-agak beliau perasan ke tak tu banyak sangat akaun kan, kejap lagi talian kena sekat. Jumlah RM2,000 kalau bayar untuk setahun pun kalau ada penambahan pembelian digital sampai RM400 memang tak cukup lah,” dakwa wanita berkenaan.

KA tegur tindakan wanita dedah hal peribadinya kepada khalayak

Khairul Aming kemudiannya tampil menzahirkan kegusaran dan menegur tindakan itu kerana menyebarkan hal peribadinya kepada khalayak ramai.

“Tak perlu beritahu sebab ini hal peribadi saya. Saya memang bayar bil lebih awal untuk beberapa bulan ke depan, tak perasan baki dah habis digunakan.

“Tapi yang jadi menakutkan macam mana awak boleh tahu info bil Maxis saya ni sampai post ke khalayak? Ini data peribadi saya,” kata usahawan Sambal Nyet itu.

Minta syarikat telekomunikasi terbabit beri penjelasan berhubung kebocoran data peribadinya

Dalam satu lagi hantaran, KA meminta syarikat telekomunikasi tersebut untuk memberikan penjelasan bagaimana boleh berlaku kebocoran mengenai bil telefon peribadinya.

View on Threads

KA sifatkan ia satu isu besar kerana melanggar privasinya

Manakala menerusi satu siaran langsung KA di TikTok, usahawan berkenaan turut menjelaskan dia berhak mengetahui apa yang sedang berlaku kerana ia adalah isu besar.

“Jadi tengok lah apa dia orang respon. Tapi jangan tak respon kena respon. Jadi saya berhak tahu apa yang sedang berlaku sebab benda tu isu besarlah, melanggar privasi. Sangat besar, sebab saya bukan prihatin pada diri saya sahaja, saya prihatin kepada semua orang.

“Itu bermaksud ia boleh terjadi kepada semua orang,” katanya lagi.

View on Threads

Ramai kritik tindakan pengguna wanita dan minta Khairul Aming buat laporan polis

Isu tersebut nyara mendapat perhatian netizen yang mana ramai mengkritik tindakan pengguna wanita yang menyebarkan mengenai bil peribadi KA kepada khalayak ramai.

Bahkan ada yang meminta KA untuk mengambil tindakan ke atas individu tersebut kerana menerusi semakan netizen, mereka mendakwa wanita terbabit juga turut menggunakan data peribadi usahawan itu untuk membuat semakan mySARA.

Ada juga menyatakan wanita itu boleh berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah akta Perlindungan Data Peribadi atau Personal Data Protection Act (PDPA) yang memperuntukkan denda sehingga RM300,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya namun ia bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

Menerusi semakan kami, akaun tersebut tidak lagi dapat dicari dan dipercayai mungkin telah dinyah aktifkan.

“Dia memang salah guna informasi awak. Siap guna IC awak untuk semak mySARA. menakutkan”

Image from: Isu Bil Telefon Khairul Aming Bocor: Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat

“KA memang lah sporting, tapi bila mengenai kebocoran data peribadi, ia bukan gurauan lagi. Melampau-lampau lah netizen ni kadang ya.”

Image from: Isu Bil Telefon Khairul Aming Bocor: Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat

“Ni bukan isu jumlah tunggakan KA. Ni isu betapa mudah orang bocorkan PDPA kita di media sosial”

Image from: Isu Bil Telefon Khairul Aming Bocor: Maxis Mohon Maaf, Sudah Kenal Pasti Individu Terlibat
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved