“Ini bukan account saya” – Sharifah Amani Mohon Orang Ramai Lapor Akaun TikTok Mengaku Dirinya

Entertainment
4 May 2024 • 11:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon wanita tanah air, Sharifah Amani menggesa orang ramai untuk menyekat dan melaporkan sebuah akaun di TikTok yang mengaku dirinya.

Dalam hantaran di Instagram milik beliau, Sharifah Amani menyatakan bahawa akaun itu adalah akaun peminat ygn dicipta oleh individu yang tidak dikenali. Namun, tindakan individu yang terlebih sudu dari kuah itu menjadikan dirinya seolah-olah pelakon filem La Luna itu menimbulkan rasa tidak senang orang ramai.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam hantaran di Instagram itu, pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Nani itu juga menyatakan rasa tidak puas hatinya selepas individu disebalik akaun itu mendakwa Nani telah bersalin.

Dalam pada itu, individu disebalik akaun itu juga telah menyekat Nani, suami dan adik-beradiknya. Bagi Nani sendiri, tindakan individu di sebalik akaun itu telah menimbukan spekulasi yang tidak wujud dan menyebarkan berita palsu.

Untuk makluman, berikut adalah akaun TikTok milik Sharifah Amani yang sebenar.

image is not available

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.