Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seperti yang kita tahu, Malaysia juga mendapat tempias daripada krisis minyak global yang berlaku sekarang ini sekaligus menunjukkan kepentingan berjimat selain mengurangkan penggunaan petrol.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Harga Minyak Mentah Global Turun Tapi Di Stesen Minyak Kita Tidak? Ini Penjelasan MoF
Ini menyebabkan pengangkutan awam semakin menjadi pilihan dan dimanfaatkan orang ramai antaranya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa), dan bas.
Tetapi sebenarnya apa yang ramai tidak tahu adalah, pengguna sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang juga boleh mencuba pengangkutan fleksibel menggunakan van disediakan oleh Rapid KL iaitu perkhidmatan Rapid KL On-Demand dan Rapid Penang On-Demand.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa LRT Laluan Kelana Jaya Berdepan Gangguan? Ini Penjelasan CEO Rapid Rail
Baca Artikel Berkaitan: “Dekat NY Penuh Tikus” – Mat Saleh Kagum Pengangkutan Tren Di Malaysia Bersih & Tambang Lebih Murah [Video]
Van Digunakan Sebagai Pengangkutan Perkhidmatan Rapid KL On-Demand
Rapid On-Demand merupakan sebuah perkhidmatan berkonsepkan atas permintaan atau On-Demand dengan menggunakan van sebagai mod pengangkutan.
Ia beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Sumber: Faez BuzzKini
Tambang Hanya RM2 Sahaja Bagi Setiap Perjalanan
Bagi setiap perjalanan, penumpang akan dicaj sebanyak RM2 sahaja. Pembayaran boleh dilakukan menerusi:
- Kad Touch ‘n Go
- Kad Debit/Kredit
- DuitNow QR
- E-Dompet
Kadar tambang yang sama juga dikenakan bagi pemegang pas-pas berikut:
- My50
- Rapid Bulanan
- Rapid Kota
- Rapid Kembara
- Rapid Keluarga
- Kad Konsesi MyRapid – diskaun 50%
- Pas Rapid Mesra – Percuma
Langkah-langkah Tempah Rapid KL On-Demand
Tanpa berlengah lagi, di sini kami kongsikan cara-cara menempah Rapid On-Demand, tidak kiralah anda dari rumah, sekolah ataupun tempat kerja. Take note buat first time user:
#1 Muat Turun Aplikasi Rapid On-Demand
Pertama sekali, muat turun aplikasi Rapid On-Demand (IOS/Android) buat mereka yang tidak pernah membuat tempahan perjalanan.
Selepas itu, daftar dan isi setiap maklumat diminta buat pengguna kali pertama.
#2 Pilih Zon & Buat Tempahan
Pada paparan utama (home tab) klik butang ‘Book A Ride’. Dari sini anda boleh pilih zon keberadaan anda sama ada di kawasan KL atau Penang.
Jika di Lembah Klang (KL dan Selangor), tekan butang Rapid KL On-Demand dan cari zon anda. Kemudian isi lokasi pick-up (jemput) dan drop-off (hantar) di ruang disediakan.
Untuk melihat semua zon dan kawasan yang mempunyai akses kepada Rapid On-Demand, tekan [DI SINI].
Anda juga boleh memilih jumlah penumpang (pax) bagi perjalanan yang ditempah. Minimum seorang, maksimum 10 orang.
Jangan lupa juga tetapkan mod pembayaran dan masa drop-off di butang biru gelap di bawah (rujuk gambar di bawah).
#3 Sahkan Tempahan Perjalanan
Selesai semuanya, skrin akan memaparkan info tempahan perjalanan yang dipilih. Semak semua maklumat sebelum meneruskan tempahan tersebut.
Jika sudah pasti, tekan ‘Tempah Sekarang‘ atau ‘Book Now‘.

Kemudian, settle! Apa yang anda perlu lakukan sekarang hanyalah tunggu di lokasi pick-up sehingga van Rapid tiba.
Buat yang tidak tahu, di bawah kami kongsikan gambar van Rapid On-Demand sebagai rujukan. Jangan naik salah van pulak.








