Ini Cara Tebus BUDI95 Untuk Anda Yang Guna MyKad Generasi Baharu [Video]

LocalSales & Promo
17 Sep 2026 • 3:43 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui bermula hari ini (17 September), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan MyKad versi baharu yang dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan.

Perubahan ini sudah semestinya mendatangkan kekeliruan kepada sesetengah individu bagi urusan yang melibatkan MyKad seperti penggunaan Budi Madani RON95 (BUDI95).

Cip MyKad Generasi Baharu Berada Di Bahagian Belakang

Bagi mengelakkan kekeliruan pengguna, JPN dalam satu hantaran di Facebook telah tampil berkongsi cara penggunaan MyKad generasi baharu untuk mereka yang mahu menggunakan subsidi BUDI95 untuk pembelian petrol.

Kongsi JPN, apa yang membezakan MyKad generasi baharu dengan yang lama adalah kedudukan cipnya.

“Untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia, IC (kad pengenalan) sebelum ini, cip dia ada dekat depan.

“Tetapi MyKad generasi baharu, cip dia berada di belakang kad,” kongsinya.

Terbalikkan Kad Jika Mahu Isi Minyak & Tebus BUDI95

Kongsi JPN, disebabkan kedudukan cip MyKad generasi baharu berada pada bahagian belakang, pengguna perlu menterbalikkan kad sebelum membuat penebusan BUDI95.

“Kalau anda semua mahu isi minyak menggunakan MyKad generasi baharu, kena ingat satu benda, terbalikkan MyKad,” katanya.

Image from: Ini Cara Tebus BUDI95 Untuk Anda Yang Guna MyKad Generasi Baharu [Video]

Cara Guna MyKad Generasi Baharu Untuk Tebus BUDI95

Malah menerusi hantaran sama, JPN turut menunjukkan langkah menggunakan Kad Pengenalan versi baharu itu.

Caranya adalah:

  1. Masukkan amaun seperti biasa
  2. Buat pembayaran
  3. Masukkan kad pengenalan generasi baharu, jangan lupa terbalikkannya sebelum masukkan MyKad ke dalam terminal
  4. Boleh mengisi minyak seperti biasa

MyKad Generasi Baharu Tiada Lagi Touch ‘n Go, Masih Boleh Guna Untuk Bantuan Atau Subsidi Kerajaan Tertakluk Kepada Syarat

Sebelum ini, JPN memaklumkan, kemudahan Touch ‘n Go tidak lagi tersedia dalam MyKad versi baharu.

Namun orang ramai boleh terus menggunakan perkhidmatan tersebut menerusi aplikasi eWallet atau kad Touch ‘n Go yang berasingan.

Pertukaran kepada MyKad generasi baharu tidak menyebabkan baki atau kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hilang.

Kesemua rekod maklumat terbabit boleh disemak dan dirujuk melalalui sistem SARA di laman portal SARA atau saluran rasmi MyKasih.

Jelas JPN lagi, kad pengenalan versi baharu itu juga masih boleh digunakan untuk bantuan atau subsidi kerajaan yang menggunakan kad tersebut sebagai medium pengesahan atau penebusan.

Namun ia tertakluk kepada syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh agensi terlibat.

Bagi urusan bank atau perkhidmatan lain, pelaksanaan MyKad baharu turut mengambil kira keperluan sistem serta perkhidmatan penggunaan kad berkenaan selain proses penyesuaian akan dibuat secara berperingkat.

Baca Artikel Berkaitan: MyKad Generasi Baharu: Kapsyen “Korang Boleh Buang IC Lama” Buat Ramai Keliru, Ini Respon JPN

Baca Artikel Berkaitan: MyKad Versi Baharu Bakal Hadir Dengan Ciri 10 Cap Jari, Imbasan Muka & Anak Mata

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved