
PETALING JAYA – Keadaan trafik di lebuh raya utama dilaporkan sesak hari ini, berikutan pertambahan kenderaan orang ramai di jalan raya susulan cuti hujung minggu selain cuti Hari Kebangsaan serta cuti sekolah.
Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial mendapati, pengguna kenderaan masing-masing berkongsi suasana sesak dengan deretan kenderaan di lebuh raya, malah mereka terpaksa melalui tempoh lama biarpun jarak yang mahu dituju tidak jauh.
Malah, ada juga menyamakan suasana tersebut dengan kesesakan trafik ketika para perantau pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha di kampung.
“Ini cuti merdeka ke cuti raya? Tolong, aku dah lapar ni,” menurut pengguna Thread Azirafadzli yang memuat naik gambar kesesakan di sebuah lebuh raya beberapa jam lalu.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Thread yang turut berdepan kesesakan di lebuh raya.
“Dari Johor ke Jelebu (Negeri Sembilan) pukul 1 tengah hari lebih sampai dari pukul 8 pagi,” kata Hanni Salihah yang memuat naik gambar di ruangan komen.
“Kak dari Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) Seri Kembangan sampai Batu Gajah lima jam. Gerak 8 pagi gitu. Sampai rumah 1.15 tengah hari gitu, perjalanan biasa dua jam setengah boleh sampai,” kata Aa_aadnin.
“Saya dah selamat sampai Gua Musang dari pukul 8 pagi. Sesak kalah raya,” kata Cthidayahmakhtar.
“Dari Cheras, Kuala Lumpur ke Kelantan 12 jam perjalanan. Raya merdeka,” kata Fykaashafie. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Ini cuti merdeka atau balik raya?’ appeared first on Kosmo Digital.





