Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Apartment Viral ‘The Netizen’

16 Jul 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Uniknya perumahan di Malaysia, setiap kediaman yang dibangunkan pasti diberi nama. Ada yang menggunakan bahasa Melayu dan ada juga kediaman menggunakan bahasa Inggeris sebagai nama rasmi.

Namun, lain ceritanya dengan satu kediaman jenis apartmen yang viral baru-baru ini.

The Netizen

Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang individu berkongsi video yang memperlihatkan sebuah kediaman baharu yang diberi nama sebagai ‘The Netizen’.

@firdausnor22

Berpeluang melalui ofis dimana pekerjanya bekerja non stop lagi2 bila ada isu hangat

♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)

 

Disebabkan keunikan itu, ramai dalam kalangan pengguna TikTok dilihat meninggalkan respons dan memberikan pendapat mengenai nama kediaman itu.

image is not available

Untuk rekod, apartment The Netizen merupakan projek KEB Group yang terletak di Bandar Tun Hussein, Cheras, Kuala Lumpur.

Dibina berdekatan dengan stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn, apartment ini dijual pada harga sekitar RM285,000 hingga RM690,000.

Sumber: TikTok dan PropertyGuru